Pasangan melucah di tanah perkuburan Air Itam direman tiga hari

24 Mac 2026, 3:10 AM
Pasangan melucah di tanah perkuburan Air Itam direman tiga hari
Pasangan melucah di tanah perkuburan Air Itam direman tiga hari

GEORGE TOWN, 24 MAC: Polis menahan dua individu selepas dipercayai terlibat dalam perbuatan lucah di sebuah tanah perkuburan di Batu Gantung, Air Itam, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan berumur 69 tahun mengenai satu video tular di media sosial yang memaparkan kelakuan tidak senonoh sepasang lelaki dan wanita di tanah perkuburan Cina.

Beliau berkata hasil siasatan awal menunjukkan ia berlaku pada 22 Mac lepas dengan kedua-dua individu yang terlibat disyaki merupakan warga tempatan

"Suspek pertama iaitu wanita berumur 37 tahun ditahan semalam kira-kira 8.35 malam di sebuah flat berhampiran Jalan Padang Tembak, di sini.

"Suspek kedua pula, lelaki berusia 58 tahun, ditahan hari sama kira-kira 11.10 malam di hadapan sebuah bangunan berhampiran Jalan Paya Terubong, Bayan Lepas dekat sini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Rozak berkata kedua-dua suspek berkenaan mengaku terlibat dalam kejadian itu dan direman tiga hari bermula hari ini hingga 26 Mac bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 294(a) dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular video berdurasi 38 saat yang memaparkan pasangan berkelakuan tidak senonoh di sebuah tanah perkuburan dan ia dirakam seorang wanita yang turut menegur pasangan berkenaan dengan memberi amaran akan melaporkannya kepada polis.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.