Lelaki ditahan disyaki curi kabel berhampiran landasan KTMB

27 Mac 2026, 3:24 AM
Lelaki ditahan disyaki curi kabel berhampiran landasan KTMB
Lelaki ditahan disyaki curi kabel berhampiran landasan KTMB

SHAH ALAM, 27 MAC: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel berhampiran landasan kereta api di Kilometer 39.518, Kampung Raja Uda, Klang semalam.

Lelaki itu ditahan anggota Polis Bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) jam 6.10 petang ketika rondaan dijalankan di kawasan berkenaan.

KTMB menerusi kenyataan berkata, lelaki terbabit cuba melarikan diri namun berjaya diberkas selepas tindakan pantas anggota bertugas.

"Pemeriksaan lanjut mendapati suspek tidak memiliki dokumen pengenalan diri. Antara barangan yang dirampas ialah sebilah parang, sebuah guni dan satu gulung kabel berukuran 2.5 millimeter," kata kenyataan itu lagi.

Suspek kemudian diserahkan kepada Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

Kenyataan itu berkata perbuatan menceroboh serta merosakkan harta benda kereta api merupakan kesalahan serius di bawah Akta Keretapi 1991 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

KTMB memaklumkan rondaan keselamatan akan terus dipertingkat bagi memastikan keselamatan infrastruktur landasan dan kelancaran operasi tren terpelihara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.