KUALA LUMPUR, 12 JUN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk tiga ahli jawatankuasa sebuah badan bukan kerajaan (NGO) kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik NGO di tempat mereka bekerja.
KUALA LUMPUR, 12 JUN: Polis mengesahkan tiga rakyat Malaysia ditahan di Laos selepas dipercayai terlibat dalam cubaan menyeludup masuk 103 bungkusan ganja ke negara berkenaan pada 27 Mei lepas.
SHAH ALAM, 12 JUN: Anggota polis yang didakwa membunuh Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemukan di ladang kelapa sawit pada tahun lepas, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 12 JUN: Polis menemukan peranti bahan letupan buatan sendiri (IED) dan pelbagai jenis dadah di dalam sebuah kereta yang terbalik selepas dikejar sejauh kira-kira 25 kilometer (km) apabila cuba melarikan daripada pemeriksaan polis awal pagi tadi.
RAWANG, 11 JUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 2,120 botol sabun pencuci pakaian disyaki tiruan dalam satu serbuan di sebuah premis kilang, di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 11 JUN: Polis menahan lima lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam pergaduhan selepas perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
KUALA LUMPUR, 11 JUN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan daripada seorang individu bergelar Tan Sri berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.
KUALA TERENGGANU, 11 JUN: Seorang lelaki dan dua wanita kerugian keseluruhan sebanyak RM88,141.50 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan cabutan bertuah tidak wujud.
MELAKA, 11 JUN: Seorang kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Melaka didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat hantaran jelik menerusi laman media sosial X dua tahun lepas.
IPOH, 11 JUN: Polis menemukan dadah seberat 123.2 kilogram (kg) bernilai RM4, 667, 850 dalam sebuah kereta utiliti sukan (SUV) yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Loji Taman Pulai Savana, Gerik pada 6 Jun lepas.
CHUKAI, 10 JUN: Seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM193,000 apabila menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian.
IPOH, 8 JUN: Seorang lelaki meninggal dunia ketika menyertai aktiviti gotong-royong penyembelihan lembu sempena Aidiladha di Kampung Sungai Rumput, Kampung Sitiawan dekat Lumut semalam.
KUANTAN, 7 JUN: Identiti lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM 7 Jalan Jerantut-Maran tengah malam tadi sudah dikenal pasti.
SHAH ALAM, 7 JUN: Dua mangsa yang masih hilang dalam tragedi bot terbalik di perairan Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang, semalam, masih belum ditemui setakat ini.
KUALA LUMPUR, 6 JUN: Polis menahan ibu dan bapa saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil di sini semalam.
KUALA LUMPUR, 6 JUN: Seorang tukang jahit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang remaja perempuan kurang upaya bulan lepas.
SHAH ALAM, 6 JUN: Polis Selangor selesai merakam keterangan seorang pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, baru-baru ini.
GEORGE TOWN, 5 JUN: Seorang lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang wanita tempatan di kawasan letak kenderaan sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, Isnin lepas.
SERDANG, 5 JUN: Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes bernilai RM5.6 juta yang melibatkan mesin bitcoin, minuman keras dan rokok seludup, hasil rampasan daripada 173 kertas siasatan yang diselesaikan antara 2020 hingga Mei lepas.
KUALA LUMPUR, 5 JUN: Polis telah menyerahkan kertas siasatan kes pelakon dan penyanyi terkenal yang disyaki melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), hari ini untuk tindakan lanjut.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.