Pemandu mabuk, lawan arus di Klang didakwa Isnin ini

16 Mei 2026, 3:44 AM
Pemandu mabuk, lawan arus di Klang didakwa Isnin ini

SHAH ALAM, 16 MEI: Pemandu kereta yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol serta memandu melawan arus sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal parah dalam kejadian di Persiaran Kota, Klang pada Rabu lalu, akan dituduh di Mahkamah Klang Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata kertas siasatan berkenaan insiden itu telah diserah kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Lim berkata semalam, tempoh reman suspek lelaki berusia 30-an itu disambung hingga 19 Mei.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, seorang penunggang motosikal lelaki berusia lingkungan 20-an tercampak dan mengalami kecederaan parah pada anggota badan termasuk kaki kanan selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah Perodua Bezza.

Lim sebelum ini berkata kenderaan yang dipandu suspek dipercayai bergerak dari arah Pelabuhan Klang menuju ke Shah Alam secara melulu dan melawan arus sejauh kira-kira 3.5 kilometer sebelum merempuh motosikal mangsa.

Hasil ujian saringan awal mendapati pemandu kereta tersebut positif alkohol dan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.