PUTRAJAYA, 3 OKT: Polis menahan seorang pelajar lelaki institusi pengajian tinggi swasta bagi membantu siasatan kes pukul di jalan raya di Dengkil dekat sini dan turut merampas pengunci stereng yang digunakan untuk mencederakan mangsa.
KUALA LUMPUR, 3 OKT: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengarahkan agar pegawai dan anggota polis yang disahkan positif dadah dalam serbuan Op Noda di sebuah pusat hiburan di Sungai Petani, Kedah semalam digantung tugas serta-merta.
IPOH, 3 OKT: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang dipercayai membuang mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan di tepi sungai di Larut, Simpang, Taiping semalam.
JITRA, 3 OKT: Operasi pencarian pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, 62, yang dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dekat sini telah ditamatkan.
SHAH ALAM, 3 OKT: Seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kesakitan ke atas seekor kucing.
KUALA LUMPUR, 2 OKT: Polis mengesahkan seorang pelajar perempuan tingkatan satu maut selepas terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah di Jalan Syed Putra semalam.
SHAH ALAM, 2 OKT: Pasangan kekasih warga tempatan ditahan dipercayai terbabit sindiket pengedaran dadah jenis ganja bernilai RM38,068 dalam serbuan berasingan di Petaling Jaya pada 26 September lalu.
PUTRAJAYA, 2 OKT: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina, termasuk anak saudara Jamalul Kiram yang mengaku dirinya Sultan Sulu kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong berikutan pencerobohan di Lahad Datu, 11 tahun lepas.
PETALING JAYA, 2 OKT:- Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pereka dalaman yang maut ditikam 20 kali di sebuah unit pangsapuri di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara pada bulan lepas.
KUALA TERENGGANU, 2 OKT: Seorang pesara guru mengalami kerugian sebanyak RM201,900 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan melalui panggilan telefon atau phone scam.
GEORGE TOWN, 1 OKT: Wanita yang mendakwa dijadikan perempuan simpanan oleh sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau 'along' di Pulau Pinang, menerusi satu sesi audio siar di laman sosial TikTok ditemukan selamat oleh polis semalam.
KUALA LUMPUR, 1 OKT: Rakaman video yang tular menunjukkan seorang individu melepaskan tembakan di kawasan awam di Subang Jaya dekat sini adalah operasi menembak gagak yang dianjurkan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata operasi yang...
JOHOR BAHRU, 30 SEPT: Seorang lelaki terpaksa berputih mata apabila kerugian RM688,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan saham tidak wujud yang dikenali sebagai DFA setelah melihatnya di laman Facebook pada 26 Julai lalu.
IPOH, 30 SEPT: Polis giat memburu suspek kes curi sebuah kenderaan di sebuah taman perumahan di Jelapang, di sini semalam.
KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Seorang pekerja kilang mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tiga pertuduhan memiliki bahan dan memberi sokongan kepada kumpulan Daesh, empat bulan lepas.
SHAH ALAM, 29 SEPT: Masalah peribadi dan hutang dipercayai motif pembunuhan pengawal keselamatan yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, Sabak Bernam, 16 Sept lepas.
SHAH ALAM, 29 SEPT: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan tempoh reman dua individu termasuk seorang dipercayai berperanan sebagai pengendali aliran tunai untuk GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang tamat hari ini, dilanjutkan.
GEORGE TOWN, 28 SEPT: Polis menahan 15 lelaki termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dalam operasi khas samseng jalanan yang dijalankan di Lebuhraya Tun Dr lim Chong Eu, Bayan Lepas dekat sini awal pagi hari ini.
KOTA BHARU, 27 SEPT: Empat individu disambung reman tiga hari bagi membantu siasatan berkaitan kes GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), selepas reman mereka berakhir hari ini.
KLANG, 27 SEPT: Pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.