ad

Inkues Zara Qairina: Apa yang dibentangkan setakat ini

18 Sep 2025, 1:00 PM
Inkues Zara Qairina: Apa yang dibentangkan setakat ini
Inkues Zara Qairina: Apa yang dibentangkan setakat ini
Inkues Zara Qairina: Apa yang dibentangkan setakat ini
Inkues Zara Qairina: Apa yang dibentangkan setakat ini

SHAH ALAM, 18 SEPT: Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir sedang berlangsung di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu sejak 3 September lalu dan dijadualkan selama 19 hari.

Berikut ringkasan perkembangan setakat ini:

Bahan bukti dan dokumen

  • Tiga diari, sebuah buku latihan dan 15 helaian catatan tulisan tangan ditemui secara berperingkat antara 16 hingga 19 Julai lalu

  • Mahkamah turut meneliti kesahihan dan kandungan catatan tersebut untuk mengesan maklumat berhubung keadaan mangsa sebelum kejadian

Autopsi dan keputusan keluarga

  • Ibu mangsa menandatangani Declaration of Refusal for Autopsy on Own Will dengan disaksikan wakil keluarga

  • Polis tidak mengeluarkan Borang POL61 selepas menerima maklumat punca kematian daripada pakar neurosurgeri, sekali gus membolehkan jenazah diserahkan kepada keluarga tanpa melalui bedah siasat mediko-legal

Insiden malam kejadian

  • Pada 15 Julai, seorang pelajar melaporkan kehilangan barang kepada ketua asrama. Zara dipanggil, dituduh mencuri, namun menafikan tuduhan dan diminta bersumpah.

  • Pemeriksaan pelajar lain menemukan pin Jalur Gemilang milik ketua asrama di lokar Zara. Dia nafi dan meninggalkan bilik sambil menangis serta menjerit “Saya tidak mencuri, bodoh!” sebelum dilihat kali terakhir di tandas

  • Tidak lama kemudian, Zara ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang dengan luka di kaki kiri dan kesan darah.

  • Warden mengarahkan tubuhnya dipindahkan ke kawasan terlindung berhampiran kuarters warden wanita sementara menunggu ambulans

Proses mahkamah

  • Saksi termasuk ketua warden, guru-guru, pelajar, doktor forensik dan pihak berkaitan dipanggil memberi keterangan sejak prosiding masuk hari kelapan

  • Seramai 35 pelajar bawah umur akan dipanggil secara berperingkat bermula Jumaat ini. Mereka dirujuk menggunakan huruf abjad, bukan nama sebenar, bagi melindungi identiti serta kebajikan

  • Koroner Amir Shah Amir Hassan menegaskan hanya pelajar terlibat secara langsung dibenarkan berada di dalam bilik mahkamah

  • Mahkamah juga mengadakan lawatan ke lokasi kejadian (locus in quo) bagi meneliti keadaan fizikal asrama dan sekitarnya.

Tumpuan inkues

  • Prosiding memberi tumpuan kepada penentuan punca sebenar kematian sama ada nahas, perbuatan jenayah atau faktor lain

  • Mahkamah turut menilai tahap pengawasan pihak asrama, pengendalian aduan disiplin dan tuduhan buli, serta respons terhadap insiden malam kejadian.

  • Punca kematian penuh masih belum dimuktamadkan kerana ketiadaan bedah siasat mediko-legal

Prosiding inkues masih berjalan di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.