Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini bergema dengan laungan ‘Merdeka’ yang dipimpin Dato’ Menteri Besar sebagai simbolik menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Selangor ke-68 tahun ini.
Dataran Kemerdekaan Shah Alam meriah apabila lebih 30,000 pengunjung menyertai sambutan Hari Kebangsaan peringkat Selangor ke-68 tahun ini.
Penggunaan dron bagi pengawasan dan tinjauan udara keadaan sungai utama Selangor dilaksanakan setiap bulan secara berkala bagi meningkatkan keberkesanan kawalan pencemaran sumber air.
Lebih 4,000 peluang pekerjaan ditawarkan sempena Karnival Kerjaya Jobcare Istimewa Selangor 2025 yang memberi tumpuan kepada golongan rentan pada 6 Oktober ini.
Projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 meraih tujuh pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai antara LRA tercanggih di negara ini berkait kepakaran dan teknologi moden.
Keupayaan Selangor menyalurkan bekalan air bersih percuma kepada golongan berpendapatan rendah selain mengekalkan kadar munasabah untuk rakyat keseluruhannya membuktikan komitmen negeri menjaga kebajikan dan daya saing ekonomi
Kemampuan syarikat tempatan membina Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 dengan kapasiti besar menjadi penanda aras baharu pembinaan infrastruktur seumpamanya di seluruh negara.
Sejumlah RM20,500 disumbangkan Misi Team Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Prihatin kepada mangsa terjejas insiden letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu.
Dasar Speed Selangor yang dijangka dilancar Oktober ini tidak hanya menumpukan aspek pemudah cara perniagaan, tetapi akan diperluas kepada perkhidmatan yang berkaitan secara langsung dengan rakyat.
Perkhidmatan Multiawan Selangor (SMC) yang dilancarkan hari ini bakal mempercepat penerapan budaya kecerdasan buatan (AI), sekali gus memacu transformasi digital ke arah negeri pintar dan berdaya digital.
SHAH ALAM, 14 OGOS: Selangor melaksana pelbagai inisiatif termasuk program celik teknologi maklumat serta advokasi bagi melindungi masyarakat khususnya belia daripada menjadi pembuli atau mangsa buli, terutama di media sosial.
Sembilan pemimpin termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengulas isu ini
SHAH ALAM, 11 OGOS: Projek Rumah Selangorku dilaksana dengan memastikan penyediaan fasiliti asas yang lengkap, termasuk kemudahan pendidikan dan kesihatan bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan sekitar.
SHAH ALAM, 11 OGOS: Sejumlah RM7.1 juta diperuntuk Kerajaan Negeri bagi memperkasa pembangunan komuniti Orang Asli di Selangor menerusi pelbagai inisiatif termasuk bantuan perumahan dari 2020 hingga kini.
SEPANG, 10 OGOS: Usaha berterusan Kerajaan Negeri memartabat masyarakat Orang Asli menerusi pelbagai aspek menunjukkan hasil positif sekali gus memberi impak yang signifikan kepada komuniti setempat.
Kerajaan Negeri tekad untuk terus memperkasa sektor pelancongan sebagai salah satu tonggak utama pembangunan Selangor menerusi pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama (RS-1)
Media Selangor meraih pengiktirafan Platform Media Terbaik pada Anugerah Industri Pelancongan 2025 (TIA2025) yang berlangsung di Sunway Resort Hotel di sini, malam tadi.
SHAH ALAM, 9 OGOS: Di sebalik persepsi bahawa masyarakat Orang Asli terpinggir daripada arus kemajuan, realitinya di Selangor, menunjukkan naratif berbeza apabila mereka berjaya dalam pelbagai bidang.
SHAH ALAM, 8 OGOS: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga kini boleh mengakses pelbagai maklumat perkhidmatan komuniti serta membuat permohonan bantuan Kerajaan Negeri dengan lebih mudah menerusi aplikasi mudah alih, MyBT3.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dijangka mengumumkan 13 garis panduan baharu berkaitan pelesenan premis perniagaan bulan depan
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.