ad

Media Selangor dinobat platform media terbaik Anugerah Industri Pelancongan 2025

10 Ogos 2025, 12:06 AM
Media Selangor dinobat platform media terbaik Anugerah Industri Pelancongan 2025
Media Selangor dinobat platform media terbaik Anugerah Industri Pelancongan 2025
Media Selangor dinobat platform media terbaik Anugerah Industri Pelancongan 2025

SUBANG JAYA, 10 OGOS: Media Selangor meraih pengiktirafan Platform Media Terbaik pada Anugerah Industri Pelancongan 2025 (TIA2025) yang berlangsung di Sunway Resort Hotel di sini, malam tadi.

Dianjurkan Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA) dengan kerjasama Tourism Selangor, penghargaan itu disampaikan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor Dato' Johary Anuar.

Ketua Kluster Perkhidmatan Korporat Media Selangor Mohd Zulkifli Ismail menunjukkan trofi yang di terima selepas Media Selangor dinobatkan Platform Media Terbaik pada Anugerah Industri Pelancongan 2025 anjuran Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia dengan kerjasama Tourism Selangor di Sunway Resort Hotel, Subang Jaya pada 9 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Ketua Kluster Perkhidmatan Korporat Media Selangor Mohd Zulkifli Ismail menyifatkan kemenangan tersebut sebagai pengiktirafan besar terhadap peranan agensi itu yang bukan sahaja menyampaikan dasar dan polisi negeri, malah mempromosi aktiviti pelancongan Selangor.

“Liputan merentas media cetak, elektronik dan digital menjadikan penyampaian maklumat lebih berkesan bukan sahaja kepada rakyat Selangor tetapi lebih meluas capaian,” katanya.

Majlis penganugerahan turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Ekonomi Dato’ Hanifah Hajar Taib, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim yang menyampaikan sebahagian daripada 117 anugerah keseluruhan.

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) melakukan gimik perasmian pada Anugerah Industri Pelancongan 2025 anjuran Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia dengan kerjasama Tourism Selangor di Sunway Resort Hotel, Subang Jaya pada 9 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Antara penerima lain termasuk:

  • Universiti Islam Selangor (UIS) — Program Pelancongan Pendidikan Islam Terbaik

  • Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam — Venue Pelancongan Islam Terbaik

  • Selangor Fruit Valley (SFV) — Destinasi Pengalaman Agro Terbaik

  • Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) — Produk Agropelancongan Terbaik

  • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) — Inisiatif Pelancongan Berasaskan Komuniti Terbaik dan Bandar Terbersih & Paling Mesra

  • Platform Selangor (PLATS) — Pengalaman Gastronomi Selangor Terbaik

  • KDEB Waste Management — Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pelancongan Terbaik

  • Karnival Ban Canal — Acara Pelancongan Terbaik

Selain itu, pada majlis berkenaan, EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim turut dinobatkan sebagai Ikon Pelancongan Tahun 2025.

Dalam ucapannya, Amirudin menegaskan penganugerahan tersebut bukan sekadar simbol kejayaan tetapi bentuk pemerkasaan kepada seluruh pemain industri pelancongan di Selangor.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Anugerah Industri Pelancongan 2025 anjuran Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia dengan kerjasama Tourism Selangor di Sunway Resort Hotel di Subang Jaya pada 9 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Ia menjadi galakan agar penggiat industri terus mencipta produk pelancongan yang lebih inovatif, mampan dan berdaya saing.

“Pengiktirafan ini bukti bahawa sumbangan mereka amat dihargai dan menjadi sebahagian daripada naratif kemajuan Selangor,” katanya.

Sementara itu, Hanifah Hajar menegaskan kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), komuniti tempatan dan media penting dalam menampilkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Memasuki tahun kedua penganjuran, TIA dianjurkan bagi merancakkan kempen Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025) serta persiapan menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), merangkumi pelbagai kategori termasuk hospitaliti, hotel, pemandu pelancong, agropelancongan, ekopelancongan, operator pelancongan, media, pusat membeli-belah dan pusat konvensyen.

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib (dua, kanan) menyampaikan Anugerah kepada EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim (dua, kiri) pada Anugerah Industri Pelancongan 2025 anjuran Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia dengan kerjasama Tourism Selangor di Sunway Resort Hotel di Subang Jaya pada 9 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.