KUALA LUMPUR, 21 NOV: Seorang bayi lelaki selamat namun tiga ahli keluarganya maut dalam kemalangan di Kilometer 2 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) 2 arah Sungai Buloh menghala ke Tol Segambut, pagi tadi.
SHAH ALAM, 21 NOV: Sebanyak 254,606 unit Rumah Selangorku diluluskan pembinaan sejak sedekad lalu menerusi 448 projek bagi membantu rakyat negeri ini memiliki kediaman sendiri.
KUALA LUMPUR, 21 NOV: Orang ramai dipelawa menyerahkan al-Quran tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau rosak untuk diganti dengan baharu, bersempena Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama tiga hari bermula esok. KDN menerusi...
JOHOR BAHRU, 21 NOV: Enam lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam insiden kejar sejauh 180 kilometer bermula dari Jalan Bakri hingga Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur ditahan hari ini.
PUTRAJAYA, 21 NOV: Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2024 (DPT BLN10/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 20 Disember, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak.
KUALA LUMPUR, 21 NOV: Laporan awal bedah siasat mayat wanita yang ditemukan dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG di sini, mendapati mangsa meninggal dunia kerana kecederaan pada dada akibat objek tumpul.
SHAH ALAM, 21 NOV: Lebih 150,000 pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negeri bakal menerima manfaat Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang ditawarkan secara percuma, tahun depan.
KUALA LUMPUR, 21 NOV: Ketegasan kerajaan memerangi rasuah hingga peringkat akar umbi bukan sahaja berjaya meningkatkan imej negara dari segi indeks persepsi rasuah tetapi turut mendapat pengiktirafan negara luar.
KUALA LUMPUR, 21 NOV: Kempen ‘Jom Kosong’ yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam usaha mengurangkan pengambilan gula di seluruh negara semakin mendapat sambutan.
PETALING JAYA, 20 NOV: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengenalpasti 60 ekar lagi kawasan sesuai bagi pelaksanaan program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) komponen Insiatif Usahawan Tani (INTAN).
SHAH ALAM, 20 NOV: Ekonomi Selangor yang mencatatkan hasil negeri RM2.4 bilion pada 2024 melepasi sasaran awal RM2.2 bilion membuktikan negeri berada di landasan betul.
KUALA LUMPUR, 20 NOV: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 November.
SHAH ALAM, 20 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga 9 malam.
KUALA LUMPUR, 20 NOV: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun hingga 60 peratus bersempena Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini selama tiga hari bermula Jumaat ini.
SHAH ALAM, 20 NOV: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memeterai kerjasama dengan syarikat pembekal daging terkemuka dunia, Allanasons Private Limited yang akan memperkukuh jaminan keselamatan makanan Selangor.
PETALING JAYA, 20 NOV: Program Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)@PJ City Food Valley di sini berjaya memperoleh hasil bersih tuaian pertama cili fertigasi sebanyak 550 kilogram (kg).
SHAH ALAM, 20 NOV: KDEB Waste Management (KDEBWM) bersedia menggerakkan kakitangan termasuk aset mendepani musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijadual berakhir Mac tahun depan, kata pengarah urusannya.
KUALA LUMPUR, 20 NOV: Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah Suruhanjaya Tenaga (ST) antara punca insiden renjatan elektrik dalam sebuah bas ekspres yang menyebabkan kematian remaja berusia 18 tahun.
SHAH ALAM, 20 NOV: Perkhidmatan transit percuma di perpustakaan awam menyediakan persekitaran kondusif, selamat dan selesa kepada anak-anak selepas waktu sekolah.
KUALA LUMPUR, 20 NOV: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini dalam fasa akhir memuktamadkan perolehan kad pengenalan struktur baharu bagi menggantikan kad pengenalan sedia ada yang dikeluarkan kepada rakyat sejak 2012.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.