ad
AGENDA

Kempen kurang ambil gula Jom Kosong dapat sambutan

21 Nov 2024, 7:25 AM
Kempen kurang ambil gula Jom Kosong dapat sambutan
Kempen kurang ambil gula Jom Kosong dapat sambutan

KUALA LUMPUR, 21 NOV: Kempen ‘Jom Kosong’ yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam usaha mengurangkan pengambilan gula di seluruh negara semakin mendapat sambutan.

Timbalan Menteri Fuziah Salleh berkata kempen itu melibatkan kerjasama dengan rakan strategik seperti pengusaha restoran, premis makanan dan minuman, serta persatuan seperti Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma).

“Dua hari lepas Tealive (jenama minuman) melancarkan kempen Jom Kosong mereka dengan KPDN di mana 1,000 outlet terlibat manakala Secret Recipe ada 360 outlet yang terlibat dengan Jom Kosong.

[caption id="attachment_615653" align="aligncenter" width="1062"] Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh. Foto BERNAMA[/caption]

“Di samping itu, ada persatuan lain mengatakan komitmen seperti Sahabat Tomyam Prihatin dan kita menunggu Restoran India Malaysia juga terlibat,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai langkah KPDN menganjurkan program dan kempen kesedaran mengenai pengurangan penggunaan gula dalam makanan dan minuman.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.