ad
AGENSI

Tuai hasil cili fertigasi 550 kilogram, peserta peroleh lebih RM2,000 sebulan

20 Nov 2024, 9:00 AM
Tuai hasil cili fertigasi 550 kilogram, peserta peroleh lebih RM2,000 sebulan
Tuai hasil cili fertigasi 550 kilogram, peserta peroleh lebih RM2,000 sebulan
Tuai hasil cili fertigasi 550 kilogram, peserta peroleh lebih RM2,000 sebulan
Tuai hasil cili fertigasi 550 kilogram, peserta peroleh lebih RM2,000 sebulan
Tuai hasil cili fertigasi 550 kilogram, peserta peroleh lebih RM2,000 sebulan
Tuai hasil cili fertigasi 550 kilogram, peserta peroleh lebih RM2,000 sebulan
Tuai hasil cili fertigasi 550 kilogram, peserta peroleh lebih RM2,000 sebulan

PETALING JAYA, 20 NOV: Program Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)@PJ City Food Valley di sini berjaya memperoleh hasil bersih tuaian pertama cili fertigasi sebanyak 550 kilogram (kg).

Hasil tuaian bagi tempoh kira-kira dua minggu itu melibatkan tanaman projek fertigasi cili besar (Sakata 461) di kawasan rentis Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkeluasan 10 ekar.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohd Razi berkata fasa penuaian pertama projek usahasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Kementerian Ekonomi serta Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, dimulakan sejak awal bulan ini.

Beliau menjelaskan terdapat dua fasa penuaian iaitu November dan Disember, masing-masing melibatkan 10 peserta yang menguruskan 2,000 polibeg tanaman cili dengan bimbingan amalan terbaik pertanian fertigasi.

“PKPS diberi tanggungjawab agak besar, laksana kawasan pertanian bandar komersial di bawah rentis TNB, berdekatan flat atau kondominium di tengah bandar raya. (Walaupun) agak sukar, tapi berjaya kita laksana,” katanya ditemui selepas meninjau projek di Pelangi Damansara di sini, Isnin lalu.

Menurut Dr Mohamad Khairil peserta diberi latihan khusus termasuk mengenai penanaman benih cili, penyusunan polibeg, kawalan penyakit dan pengurusan sistem fertigasi automatik selain menerima elaun bulanan.

“Mereka dibayar elaun bulanan. Dasar program ini ialah untuk basmi kemiskinan sebab itu kita mahu laksanakannya di tempat kosong dan berdekatan dengan masyarakat miskin bandar di mana kita jangka mereka dapat hasil pada setiap bulan sekurang-kurangnya RM2,100 sebulan,” katanya.

Sementara itu, peserta, S Padnmanagan, 56, berkata selain menjadi sumber pendapatan, program IPR INTAN memberi peluang kepadanya memperluas ilmu dalam bidang pertanian.

[caption id="attachment_674076" align="alignleft" width="351"] S Padnmanagan, 56, bercakap kepada media ketika bersama peserta IPR INTAN tanaman cili fertigasi di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 18 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Program ini bagus tambah pendapatan peserta khasnya yang berpendapatan rendah. Sebelum masuk program ini saya bertani secara kecil-kecilan, adalah sikit dapat hasil mungkin sebab tiada bimbingan tapi sekarang boleh belajar secara profesional,” katanya.

Bekas pembantu peribadi, Wan Norsaiza Wan Hasnan, 51, bersyukur terpilih menyertai program berkenaan kerana sejak 2017 sudah berhasrat untuk mendalami bidang pertanian.

“Apabila ada kawan beritahu mengenai program ini, saya terus hubungi pihak berkaitan. Bila mereka tawarkan peluang masuk IPR, terus saya terima. Sebenarnya belia patut masuk program ini, sebab tenaga dan kreativiti mereka lebih banyak dan meluas,” katanya.

[caption id="attachment_674077" align="alignright" width="359"] Wan Norsaiza Wan Hasnan, 51, bercakap kepada media ketika bersama peserta IPR INTAN tanaman cili fertigasi di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 18 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Ogos lalu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM100 juta tahun ini untuk pelaksanaan projek INTAN-IPR secara permintaan untuk cadangan (RFP) oleh syarikat swasta terpilih.

Ia bertujuan meningkatkan keberkesanan pembasmian kemiskinan, menambah pendapatan rakyat, menambah kemampanan bekalan makanan dan membantu usaha mengawal harga makanan di pasaran.

 

[caption id="attachment_674078" align="aligncenter" width="1033"] Wan Norsaiza Wan Hasnan, 51, memetik cili hasil projek fertigasi cili besar (Sakata 461) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 18 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_674079" align="aligncenter" width="1021"] Safrul Farez, 46, mengumpul cili yang dipetik hasil projek fertigasi cili besar di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 18 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_674088" align="aligncenter" width="1191"] Peserta memetik cili hasil projek fertigasi cili besar (Sakata 461) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 18 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_674092" align="aligncenter" width="1132"] Safrul Farez, 46, mengumpul cili yang dipetik hasil projek fertigasi cili besar di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 18 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]