Polis sudah mengambil keterangan 19 individu bagi membantu siasatan berkaitan kes anak lelaki bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli yang diserang di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya 13 Ogos lalu.
Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak di sekitar daerah Kuala Selangor, baru-baru ini.
Mahkamah memutuskan pihak pendakwa gagal mengemukakan bukti mencukupi terhadap Thaksin Shinawatra
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai penyiasat dan penyelia sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran peraturan dalam kes kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir.
Polis merampas dadah disyaki syabu lebih 220 kilogram (kg) bernilai RM7 juta di dalam kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di SS17, Subang Jaya 13 Ogos lalu.
Polis telah merakamkan keterangan 30 individu termasuk ahli keluarga, rakan dan saksi bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar kolej wanita yang disyaki dibunuh di kediaman keluarganya di USJ 2/1, Subang Jaya, pada 14 Ogos lepas.
Juruterbang dan Jurusensor Senjata pesawat pejuang F/A-18D Hornet yang terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam sempat melaksanakan prosedur kecemasan dengan selamat, iaitu keluar menggunakan kerusi lontar (eject) sebelum pesawat itu terhempas.
Kementerian Kesihatan (KKM) kini sedang menjalankan aktiviti pemetaan pengamal serta amalan perubatan tradisional melibatkan Orang Asli Semenanjung, anak negeri Sabah dan Sarawak.
Jalur Gemilang gergasi yang megah terbentang dari tingkat tiga bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pagi di sini, bukan sekadar hiasan sempena sambutan Hari Kebangsaan tetapi juga menjadi simbol semangat patriotisme warga sekolah kepada tanah air tercinta.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kemalangan melibatkan pesawat tempur F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), malam tadi.
Skuad beregu yang dibarisi pemain pilihan kali ini dianggap antara yang terkuat pernah dihantar oleh kontinjen Malaysia ke kejohanan berprestij itu.
Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup ganja mampat seberat 207 kilogram bernilai lebih RM600,000 di kawasan Sungai Golok, sempadan Malaysia-Thailand semalam.
Bunyi letupan kuat seperti peluru berpandu jelas kedengaran dari sekitar kawasan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan), kata saksi insiden kemalangan pesawat tempur F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), malam tadi.
Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin menggesa Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melaksanakan tanggungjawabnya dalam melindungi tapak arkeologi Palestin daripada bahaya peyahudian dan aneksasi
Sebanyak 27 sungai atau empat peratus daripada 672 sungai utama yang dipantau di seluruh negara pada 2024 berada pada tahap tercemar
Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada teknologi asing sebaliknya perlu membina keupayaan dalaman termasuk pengkomputeran awan bagi melindungi maklumat terperingkat dan aset strategik negara
Laporan terperinci berhubung cadangan pengharaman rokok elektronik atau vape sedang dilengkapkan jawatankuasa kepakaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Hujan lebat lebih tiga jam sejak kira-kira 12 tengah hari tadi mengakibatkan berlaku runtuhan tanah di kawasan cerun berhampiran kediaman penduduk di Jalan Paya Terubong, di sini
Pasukan pilihan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam menepati ramalan apabila muncul juara Piala Sumbangsih Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 tahun (B-18) selepas menumpaskan SMK Datuk Harun 5-1 hari ini.
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 akan menjadi medan penting dalam misi pencarian bakat baharu sukan tinju negara sebagai persiapan jangka panjang bagi menghadapi kejohanan antarabangsa termasuk Sukan Olimpik
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.