Agihan baucar buku bagi pelajar sekolah menengah dilaksana tidak lama lagi - KPM

29 Mei 2026, 7:58 AM
Agihan baucar buku bagi pelajar sekolah menengah dilaksana tidak lama lagi - KPM

PUTRAJAYA, 29 MEI:- Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan pemberian baucar buku bagi pelajar sekolah menengah di bawahnya dalam masa terdekat.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, KPM memaklumkan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sedang diperincikan dan dijangka memberi manfaat kepada lebih dua juta pelajar.

"Inisiatif ini juga bertepatan dengan usaha KPM untuk menjadikan amalan membaca sebagai keutamaan dalam kalangan pelajar yang dapat meningkatkan penguasaan bahasa dan ilmu pengetahuan," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan pemberian baucar buku RM100 bagi pelajar sekolah menengah di bawah KPM dan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) semasa merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.

Beliau berkata inisiatif itu diteruskan bagi tahun ini dan boleh digunakan di PBAKL 2026 yang berlangsung selama 10 hari bermula hari ini hingga 7 Jun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.