Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) dan pusat pemindahan kekal (PPK) di Sabah meningkat setakat 4 petang ini, manakala di Perak serta Selangor mencatatkan penurunan dan di Negeri Sembilan pulih sepenuhnya.
Jalan Gua Musang-Lojing di Kilometer 78 di sini ditutup selorong susulan insiden lubang benam terbaharu yang dikesan pada 12 September lalu.
Polis sedang menyiasat tiga kes melibatkan penularan kandungan video di aplikasi TikTok yang mempunyai unsur hasutan, penghinaan dan permusuhan serta peniruan gaya majlis istiadat diraja.
Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters China 2025 selepas bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan gandingan Indonesia Muhammad Rian Ardianto-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan hari ini.
Tiga lelaki ditahan selepas pihak berkuasa menemukan bangkai seekor harimau belang dipercayai diburu secara haram di dalam sebuah kereta di Felda Tenggaroh, di sini pagi tadi.
Negara Islam Asia semalam mendesak tindakan diambil terhadap Israel berhubung serangan udaranya yang disifatkan “melulu” ke atas ibu negara Qatar serta menuntut keahlian Israel dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digantung.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Hari Malaysia bukan sekadar memperingati detik bersejarah penyatuan wilayah berbeza latar dan budaya sebaliknya menjadi lambang tekad bangsa yang berpadu dalam kepelbagaian.
Pemimpin negara menyeru rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan keharmonian dan perpaduan sempena sambutan Hari Malaysia 2025 dan menekankan perpaduan ialah harta paling berharga yang semestinya diwariskan kepada generasi akan datang.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menzahirkan ucapan selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-92 kepada seluruh warga pasukan itu.
Seorang pensyarah wanita sebuah universiti di Kuala Nerus kerugian sebanyak RM244,925.61 selepas ditipu sindiket pelaburan tidak wujud.
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan pusat pemindahan kekal (PPK) di empat negeri mencatatkan peningkatan pagi ini.
Bagaikan sebuah ‘galeri hidup’, itu perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan deretan bonsai pelbagai bentuk dan seakan-akan miniatur pokok besar di hutan yang disusun di hadapan sebuah rumah di Taman Casurina di sini.
Lima lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes seorang pengawal keselamatan maut selepas diserang dengan senjata tajam dalam satu pergaduhan di kawasan rumah kedai di Semenyih, awal pagi semalam.
Setelah lebih 10 jam operasi mencari dan menyelamat diaktifkan, mangsa terakhir yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul, Papar akhirnya ditemukan pada 8.45 malam, sebelum operasi tamat pada 2.05 pagi tadi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlunya tindakan bersama yang lebih tegas bagi menamatkan pencerobohan Israel, mempertahankan kedaulatan negara Arab-Islam serta menjamin hak rakyat Palestin.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar kumpulan flotila yang membawa bantuan kemanusiaan dalam pelayaran ke Gaza diberi laluan selamat serta tidak dihalang atau diserang.
Malaysia akan menggunakan kesempatan ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini untuk menegaskan pendirian negara dalam isu Gaza dan serangan Israel ke atas Qatar.
Seorang wanita warga emas kerugian lebih RM5 juta selepas terpedaya dengan penipuan pelaburan mata wang kripto tidak wujud melalui platform dalam talian.
Pelancong Malaysia yang berkunjung ke selatan Thailand sempena cuti sekolah dan sambutan Hari Malaysia disaran menghubungi talian hotline polis pelancong Thailand 1155 yang beroperasi 24 jam bagi sebarang bantuan kecemasan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperkukuh usaha bagi memastikan mangsa bencana di Sabah kekal terhubung melalui penyediaan kemudahan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) dan perkhidmatan Internet komuniti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.