Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba mahkamah bagi prosiding reman

27 Ogos 2026, 2:45 AM
Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba mahkamah bagi prosiding reman

PUTRAJAYA, 27 OGOS: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi prosiding reman berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi berkenaan.

Kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 60-an itu tiba pada 9.31 pagi dengan memakai baju reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.

Turut kelihatan, seorang bekas ketua pegawai eksekutif TH, yang sebelum ini direman pada 21 Ogos lepas.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan mereka ditahan pada 4 petang selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan.

Laporan RCI TH didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

Laporan itu turut menyebut bahawa wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.