Suami kepada wanita yang ditemukan maut bersama anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru di sini malam tadi, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Presiden Persatuan Malim Gunung Malaysia (PMGM) Muzafar Mohamad berkata malim gunung perlu benar-benar bersedia dari segi kemahiran, fizikal dan mental kerana tugas utama mereka adalah membawa pendaki naik dan turun gunung dengan selamat.
Hamas pada Sabtu berkata keputusan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk terus menutup pintu sempadan Rafah merupakan satu pelanggaran terang-terangan terhadap perjanjian gencatan senjata serta penolakan terhadap komitmen yang dibuat kepada pihak perantara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Pemangku Perdana Menteri Afghanistan Mullah Mohammad Hassan Akhund lewat malam tadi, bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap peningkatan ketegangan di sepanjang sempadan kedua-dua negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi menyampaikan jemputan kepada beliau untuk menghadiri Persidangan Pembangunan Semula Gaza yang akan berlangsung di Mesir, sebagai sebahagian usaha bersama memperkukuh sokongan antarabangsa terhadap pemulihan Gaza.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas 32,000 unit peranti rokok elektronik (vape) dianggarkan bernilai RM1.062 juta di kawasan semak Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis dekat sini baru-baru ini.
Mayat dua beranak, masing-masing seorang wanita dan anak perempuannya, dipercayai dibunuh, ditemukan di sebuah rumah di Juru, di sini, malam tadi.
Tragedi yang meragut nyawa pendaki Mustaqqeem Mansoor di Gunung Liang, Perak baru-baru ini menjadi peringatan tentang bahaya kesejukan melampau di kawasan pendakian dan betapa pentingnya ilmu asas bertahan hidup dalam cuaca ekstrem.
Ibu bapa penuntut Universiti Malaya (UM) Ahmad Arif Zawir Mohd Ali yang maut akibat terjatuh bangunan kolej kediaman petang semalam, tidak sempat menatap wajah anak mereka sebelum dikebumikan petang tadi.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) Kelas C dikendalikan empat warga asing selepas disyaki melanggar syarat sah lesen di sekitar perairan Sekinchan dekat sini petang semalam.
Kadar kos rasmi menunaikan ibadah haji musim 2026 akan diumumkan Lembaga Tabung Haji (TH) Rabu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam proses menjalankan siasatan bagi memulihkan semula hasil negara yang hilang menerusi Op Grip.
Kualiti bantuan kemanusiaan yang dibawa masuk ke Semenanjung Gaza sama pentingnya dengan jumlahnya, dan terdapat keperluan mendesak untuk membenarkan akses tanpa sekatan kepada bekalan asas, menurut penyelaras kanan kecemasan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), lapor Anadolu Ajansi.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berikrar mengambil tanggungjawab penuh serta memperkukuh langkah keselamatan di sekolah susulan beberapa insiden jenayah membabitkan pelajar sekolah yang berlaku baru-baru ini.
Tiada kertas siasatan dibuka buat masa ini berkaitan dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia agar mempertahankan semangat perpaduan dan menolak politik berasaskan kaum yang hanya akan memecahbelahkan masyarakat majmuk di negara ini.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata tugas mendidik anak bukan terletak di bahu guru semata-mata, sebaliknya tanggungjawab bersama-sama yang perlu dipikul ibu bapa dan komuniti.
Sebanyak 127 saksi termasuk rakan suspek dirakam keterangan setakat ini, bagi membantu siasatan kes seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Selasa lepas.
Pasukan bola sepak kebangsaan sebenarnya mampu memberikan aksi yang mantap meskipun tanpa kelibat tujuh pemain warisan yang digantung ketika ini, kata bekas pemain skuad Harimau Malaya Mohd Nizaruddin Yusof.
Sejumlah 102 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberi kebenaran melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta Bekerja Dari Rumah (BDR) dari 23 hingga 29 Okt ini sempena penganjuran Sidang Kemuncak Asean Ke-47.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.