SPR: Tiada PRK bagi Parlimen Petaling Jaya

5 Okt 2026, 9:30 AM
SPR: Tiada PRK bagi Parlimen Petaling Jaya

PUTRAJAYA, 5 OKT: Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bahagian Pilihan Raya Parlimen P105 Petaling Jaya akan diadakan selepas kerusi itu diisytiharkan kosong di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun.

Beliau berkata SPR menerima pemakluman daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul melalui surat bertarikh 2 Oktober 2026 berhubung status kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Petaling Jaya selepas diisytiharkan kosong di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan.

“Berdasarkan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang Dipertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

“Selaras dengan itu, tiada PRK Bahagian Pilihan Raya Parlimen P105 Petaling Jaya akan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 2 Oktober, Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya tanpa syarat sebagai Ahli Dewan Rakyat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.