Polis berjaya menumpaskan empat sindiket pengedaran dadah selepas menahan lima lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggar bernilai RM8.4 juta dalam serbuan di beberapa lokasi di Selangor dari 23 hingga 26 Sept lepas.
Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes pukul menggunakan kayu di kawasan susur keluar Dengkil (arah utara) Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil, dua hari lepas (20 Sept).
Tular di media sosial video sekumpulan anggota polis mengejar dan menahan kenderaan penjenayah yang dipandu melawan arus
Polis berdepan kesukaran mengenal pasti dua individu disyaki terbabit dalam serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli, di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada 13 Ogos lepas.
Polis menahan tujuh suspek berhubung insiden kekecohan ketika operasi pengosongan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru di sini pada Khamis lepas.
KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Seorang lelaki dipercayai warga asing maut selepas dipukul orang awam ketika cuba melakukan jenayah ragut terhadap seorang guru tadika wanita di kawasan perumahan berhampiran Batu 9, Cheras pada Selasa lepas.
SHAH ALAM, 30 MEI: Polis sedang mengesan dua suspek yang terlibat dalam kejadian pecah masuk di sebuah sekolah rendah agama swasta di Bukit Jelutong, dekat sini melibatkan kerugian sebanyak RM1,600.
KUALA LUMPUR, 29 MEI: Seorang lelaki ditahan selepas cuba meragut rantai leher seorang wanita di Jalan Mexwell, Rawang dekat sini Ahad lepas.
GEORGE TOWN, 27 MEI: Polis menahan seorang lelaki yang meragut seorang wanita warga emas Jalan Tembaga, Taman Greenview, dekat Jelutong, di sini, yang kejadiannya turut tular di media sosial.
KOTA BHARU, 23 MEI: Polis menahan seorang lagi suspek lelaki disyaki terlibat dalam kejadian menyimbah cecair dipercayai asid terhadap seorang pemilik spa di Beris Kubur Besar, Bachok, Sabtu lepas.
KUALA LUMPUR, 27 APRIL: Polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam pergaduhan dan merosakkan harta benda sebuah restoran di Jalan Telawi, Bangsar, di sini, Jumaat lepas.
CHUKAI, 22 APRIL: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki memarahi dan memukul kanak-kanak perempuan di sebuah premis dobi layan diri di sini, Rabu lepas.
SEREMBAN, 17 APRIL: Seorang lagi suspek direman 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes culik remaja dengan permintaan wang tebusan RM2 juta, 10 April lalu.
SHAH ALAM, 23 MAC: Tidak sampai enam jam melakukan jenayah samun bersenjata api di kedai emas dalam sebuah pasar raya di Kota Damansara petang semalam, seorang lelaki tempatan dipercayai suspek ditahan 10.15 malam tadi.
KUALA LUMPUR, 7 MAC: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan di sini hari ini atas dua pertuduhan mencuri wang tunai RM300,000 serta tidak menangkap suspek yang terlibat dalam kesalahan di bawah Akta Senjata, bulan lepas.
JOHOR BAHRU, 21 FEB: Polis menahan menahan empat lagi suspek warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes tembakan di Machap, di Simpang Renggam, Kluang pada 10 Feb lepas.
MELAKA, 29 JAN: Polis Melaka menumpaskan satu sindiket dadah didalangi tiga lelaki dan merampas barangan terlarang itu membabitkan nilai RM556,271 pada Ahad lepas.
KUALA LUMPUR, 19 NOV: Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian tiga kes pecah cermin kereta di kawasan Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya pada 14 Nov lepas.
SUNGAI PETANI, 14 NOV: Dua lelaki termasuk seorang penjawat awam berjaya ditahan dalam tempoh empat jam selepas menyamun sebuah kedai menjual peralatan memancing di Jalan Lencongan Barat dekat sini Ahad lepas.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.