Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes letupan mercun yang berlaku sempena sambutan Deepavali di Kulim semalam, sehingga menyebabkan 22 individu cedera.
Sebanyak 22 orang awam cedera termasuk seorang lelaki mengalami kecederaan serius pada dahi dalam insiden letupan akibat pembakaran mercun di Paya Besar dekat sini, tengah malam tadi.
BUTTERWORTH, 17 JUN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara merampas 9,053 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun tanpa permit bernilai RM8.16 juta di sebuah gudang di kawasan perindustrian Seberang Perai Tengah, di sini hari ini.
SHAH ALAM, 2 APRIL: Seorang parah, manakala tiga lagi cedera selepas kanopi menjual mercun di Kampung Batu 39, Sabak Bernam terbakar awal pagi tadi.
IPOH, 29 MAC: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandu terbakar di persimpangan lampu isyarat akibat mercun yang disimpan dalam but kenderaan itu, di Bukit Permata, Lumut, semalam.
BUTTERWORTH, 25 MAC: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket penyeludupan mercun dan bunga api tanpa permit bernilai hampir RM1 juta dalam serbuan terhadap sebuah gudang di kawasan perindustrian Nagasari, Perai, di sini pada 11 dan 12 Mac lepas.
KOTA BHARU, 24 MAC: Tiga pelajar sebuah sekolah agama di Jeli cedera semasa bermain mercun diubah suai, petang semalam.
JOHOR BAHRU, 21 MAC: Pasukan Polis Marin Wilayah Dua menahan seorang peniaga dan merampas mercun pelbagai jenis dianggar bernilai RM347,500 di Taman Perling, Selasa lepas.
KUALA NERANG: Dua beradik berusia empat dan tujuh tahun melecur pada badan termasuk seorang parah akibat bermain mercun bola di kawasan rumah mereka di Kampung Baru, di sini malam tadi.
KOTA BHARU, 17 MAC: Remaja lelaki berusia 14 tahun hampir putus dua jari tangan kanan selepas terkena mercun bola yang tidak sempat dibaling dalam kejadian di Kampung Batu 23, Labok di Machang, Jumaat lalu.
BUTTERWORTH, 12 MAC: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat di sini.
KUALA TERENGGANU, 8 MAC: Seorang lelaki ditahan kerana memiliki mercun dan bunga api dianggar bernilai RM90,000 di sebuah rumah di Taman Bestari, Kuala Nerus semalam.
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Polis menumpaskan kegiatan penyimpanan serta penjualan mercun dan bunga api tanpa permit serta rokok tidak berkastam dalam dua serbuan berasingan di Selangor melibatkan rampasan bernilai lebih RM45 juta.
SHAH ALAM, 5 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hanya membenarkan penjualan mercun dan bunga api di empat bazar Ramadan.
GEORGE TOWN, 3 JAN: Polis Marin menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki menyimpan dan menjual mercun tanpa permit di sebuah rumah di Kampung Koh dekat Setiawan, Perak.
KUALA LUMPUR, 26 MEI: Polis telah membuka kertas siasatan mengenai kejadian kekecohan di luar Stadium Cheras selepas aksi Liga Super antara Kuala Lumpur City dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT), semalam.
ALOR SETAR, 9 APRIL: Polis menahan dua lelaki disyaki melakukan pembakaran mercun secara terbuka di tempat awam sehingga berlakunya letupan mercun dan bunga api secara besar-besaran di Dataran Zero berhampiran Bazar Aidilfitri Sungai Petani, tengah malam tadi.
KOTA BHARU, 6 APRIL: Polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kerana menjual mercun dan bunga api tanpa permit dianggarkan bernilai RM2,000 di bazar Ramadan Ayer Lanas, Jeli, di sini, kelmarin.
JOHOR BAHRU, 15 APRIL: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memantau dan mengawasi anak-anak mereka ketika bermain mercun atau bunga api sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri.
KUALA LUMPUR, 9 APRIL: Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera dalam kejadian di Kampung Changkat, Gombak, di sini pada 31 Mac lepas.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.