Gerai jual mercun musnah terbakar

22 Mac 2026, 7:33 AM
Gerai jual mercun musnah terbakar

SHAH ALAM, 22 MAC: Sebuah gerai menjual mercun di Taman Pekaka, Georgetown, Pulau Pinang musnah dalam kebakaran yang berlaku lewat tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.05 tengah malam, sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dihantar ke lokasi.

Menurutnya, kebakaran membabitkan gerai berukuran 10x10 kaki yang digunakan untuk menjual mercun, dengan kemusnahan dianggarkan sebanyak 95 peratus.

“Sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 turut mengalami kerosakan kira-kira 90 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, api turut merebak ke sebuah rumah berhampiran dan menjejaskan tiga unit pendingin hawa.

“Api berjaya dikawal pada 12.25 pagi dan dipadam sepenuhnya pada 12.44 pagi, manakala pemeriksaan akhir selesai pada 1.25 pagi.

“Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya.

Tambahnya, kes diserahkan kepada Unit Siasatan Kebakaran bagi mengenal pasti punca kejadian.

Video serta gambar kebakaran itu turut tular di media sosial.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.