SHAH ALAM, 12 APRIL: Kerajaan Negeri akan menambah keperluan asas diperlukan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
SUBANG JAYA, 11 APRIL: Dato’ Menteri Besar menasihatkan penduduk di kawasan terjejas bah mengambil langkah waspada dalam mengendalikan peralatan elektrik di kediaman masing-masing.
SUBANG JAYA, 11 APRIL: Mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights yang berasa tersisih atau tidak menerima sebarang bantuan diseru segera menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Petaling.
SHAH ALAM, 11 APRIL: Penduduk yang terjejas banjir dinasihatkan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) jika diarahkan, bagi mengelak kejadian tidak diingini.
SHAH ALAM, 10 APRIL: Perbincangan sedang dilakukan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memastikan mangsa kebakaran saluran gas Putra Heights menerima kediaman sementara lebih dekat.
Oleh Anna Farina Abdul Rauf SHAH ALAM, 9 APRIL: Jelajah JobCare Selangor di sembilan daerah bermula 19 April ini akan menawarkan lebih 40,000 peluang perkerjaan termasuk untuk orang kelainan upaya (OKU) dan bekas banduan. EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berkata jelajah sembilan daerah itu...
SUBANG JAYA, 8 APRIL: Enam kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) bawah 18 tahun di pusat pemindahan sementara (PPS), Masjid Putra Heights dikenal pasti layak menerima bantuan di bawah skim Anak Istimewa Selangor (ANIS).
Oleh Anna Farina Abdul Rauf SUBANG JAYA, 8 APRIL: Kerajaan Negeri menegaskan tiada yang disembunyikan berhubung tragedi letupan saluran gas di Putra Heights, sebaliknya siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca. EXCO infrastruktur berkata tragedi yang membabitkan pelbagai pihak itu...
SUBANG JAYA, 8 APRIL: Kereta yang dipinjamkan selama sebulan kepada mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights oleh syarikat automotif memudahkan urusan pergerakan selepas seminggu ditimpa kejadian itu.
SUBANG JAYA, 8 APRIL: Sebanyak 140 kenderaan sementara telah selesai diedar untuk kegunaan mangsa kebakaran saluran paip gas Putra Heights di sini, hari ini.
Oleh Ufairah Tarmidzi SUBANG JAYA, 7 APRIL: Peralatan permainan untuk kanak-kanak yang menjadi mangsa kebakaran akibat letupan paip gas di Putra Heights, disediakan di pusat pemindahan sementara (PPS). EXCO kebajikan masyarakat berkata pihaknya mengadakan perbincangan dengan Majlis Tindakan...
SUBANG JAYA, 6 APRIL: Tahap kesihatan mental dan fizikal mangsa kebakaran yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berada dalam keadaan baik.
SUBANG JAYA, 6 APRIL: Kerajaan Selangor menyediakan 10 van transit atas permintaan (DRT) bagi membantu pelajar dari dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Putra Heights ke sekolah, mulai esok.
Oleh Ufairah Tarmidzi SUBANG JAYA, 6 APRIL: Semua sumbangan barangan kepada mangsa kebakaran paip gas akan dikumpulkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang baru dibuka di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Harmoni. EXCO kebajikan masyarakat berkata PPS tersebut khusus...
SUBANG JAYA, 6 APRIL: Bantuan tunai sebanyak RM5,000 akan disalurkan kepada pemilik rumah yang rosak akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, manakala RM2,500 diberi kepada mangsa yang terkesan mulai esok.
Oleh Dewi Abdul Rahman SHAH ALAM, 5 APRIL: Kerajaan Negeri kekal komited membantu keluarga yang membesarkan anak istimewa dengan meneruskan Program Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) tahun ini. EXCO Kebajikan Anfaal Saari berkata permohonan bagi bantuan itu akan dibuka mulai Isnin ini...
SUBANG JAYA, 5 APRIL: Lebih 200 kenderaan disediakan untuk kegunaan mangsa kebakaran saluran paip gas Putra Heights di sini, secara percuma untuk tempoh sebulan.
SHAH ALAM, 4 APRIL: Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menawarkan kediaman di Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan kepada mangsa letupan gas Jalan Putra Harmoni, Putra Heights.
SHAH ALAM, 3 APRIL: Mangsa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya diberikan kaunseling melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
SUBANG JAYA, 3 APRIL: Sebanyak 300 set baju kurung dan botol air diedarkan kepada mangsa insiden kebakaran saluran paip gas yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights di sini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.