ad
EXCO

Program bantuan ANIS diteruskan, permohonan dibuka 7 hingga 18 April

5 Apr 2025, 2:17 PM
Program bantuan ANIS diteruskan, permohonan dibuka 7 hingga 18 April

Oleh Dewi Abdul Rahman

SHAH ALAM, 5 APRIL: Kerajaan Negeri kekal komited membantu keluarga yang membesarkan anak istimewa dengan meneruskan Program Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) tahun ini.

EXCO Kebajikan Anfaal Saari berkata permohonan bagi bantuan itu akan dibuka mulai Isnin ini hingga 18 April secara dalam talian.

"Saya amat menggalakkan ibu bapa yang layak untuk memohon.

"Mungkin bantuan ini tidak mampu menyelesaikan semua cabaran yang dihadapi, tetapi insyaAllah dapat memberi sedikit kelegaan dan sokongan untuk keluarga," katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, permohonan yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan dihantar bersama dokumen sokongan ke Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS atau ke Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) berhampiran, sebelum 2 Mei.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman web rasmi di www.anisselangor.com/bantuananis atau melalui Instagram rasmi @anis.selangor.

November tahun lalu, Belanjawan 2025 memperuntukkan RM2.3 juta bagi meneruskan program ANIS.

Pusat ANIS merupakan bantuan disediakan Kerajaan Negeri bagi memastikan murid-murid bekeperluan khas mendapat peluang dan kemudahan pendidikan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.