EXCO

MB: Mangsa letupan paip gas diseru hubungi PDT segera jika rasa tersisih

11 Apr 2025, 11:42 AM
MB: Mangsa letupan paip gas diseru hubungi PDT segera jika rasa tersisih
MB: Mangsa letupan paip gas diseru hubungi PDT segera jika rasa tersisih
MB: Mangsa letupan paip gas diseru hubungi PDT segera jika rasa tersisih
MB: Mangsa letupan paip gas diseru hubungi PDT segera jika rasa tersisih

SUBANG JAYA, 11 APRIL: Mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights yang berasa tersisih atau tidak menerima sebarang bantuan diseru segera menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Petaling.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri sudah menyenarai semua nama penerima sumbangan yang layak termasuk melakukan semak silang dengan pihak berkuasa.

[caption id="attachment_696197" align="aligncenter" width="787"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan Tragedi Putra Height di Pusat Pemindahan Sementera (PPS) Masjid Putra Height, Subang Jaya pada 11 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kalau yang ada rasa layak tapi rasa tersisih, boleh rujuk PTD Petaling untuk kita buat semak silang. Setakat ini kita sudah buat pemeriksaan habis

“Kita juga rujuk dengan pihak hospital, bomba dan ketua kampung. Kalau ada bukti boleh serahkan kepada pihak terbabit dan kita akan bantu,” katanya pada sidang media.

Terdahulu beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan wang tunai kepada 265 pelajar terjejas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights di sini, hari ini.

[caption id="attachment_696202" align="aligncenter" width="937"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada pelajar sekolah yang terlibat dalam insiden kebakaran letupan saluran paip gas dalam Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan Tragedi Putra Height di Pusat Pemindahan Sementera (PPS) Masjid Putra Height, Subang Jaya pada 11 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu, Amirudin memaklumkan Kerajaan Negeri akan melonggarkan sedikit kawalan keselamatan mulai Isnin depan bagi memberi laluan kepada proses baik pulih kediaman.

Jelasnya, fokus kawalan keselamatan adalah di 'ground zero' yang membabitkan kerja penstabilan tanah dan siasatan teknikal.

“Menjelang Isnin mungkin kita akan longgarkan sikit (kawalan keselamatan). Kita bimbang orang ambil kesempatan atau kes kecurian. Selepas ini kita akan benarkan pemilik rumah kerosakan kecil untuk masuk,” katanya.

[caption id="attachment_694536" align="aligncenter" width="813"] Permandangan dari atas kawah yang terbentuk akibat kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya pada 1 April 2025. Foto BERNAMA[/caption]

Dalam kejadian 1 April lalu, saluran gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights terbakar yang menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Kebakaran turut menyebabkan terbentuknya kawah berkedalaman 9.8 meter dengan keluasan kira-kira 21X24 meter di lokasi kejadian.