Ketiga-tiga bas perkhidmatan awam itu didapati melakukan pelbagai kesalahan serius termasuk lesen kenderaan motor (LKM) yang tamat tempoh sejak April dan Jun 2025 serta sijil pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) yang luput pada Mei dan Jun lalu.
Video rakaman kamera papan pemuka memaparkan kemalangan bas dinaiki lima guru dan 30 kanak-kanak itu turut tular di media sosial
KLANG, 23 JULAI: Semua 65,520 bas berdaftar di seluruh negara diwajibkan mematuhi garis panduan pengeluaran dokumen kerja dalaman berkaitan pendawaian elektrik tambahan dalam kenderaan motor berkuat kuasa Jan 2026, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli.
KUALA NERUS, 19 JULAI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang memperincikan beberapa lagi tindakan yang akan diambil terutama kepada syarikat pengendali bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), bulan lepas.
SHAH ALAM, 18 JULAI: Bas dipandu dua kali ganda melebihi had laju ditetapkan menjadi penyebab kemalangan yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik pada 9 Jun lepas.
KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini melancarkan sebanyak 310 bas diesel di bawah Program Penggantian Bas 2025, dalam usaha memperkukuh perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang dan Pulau Pinang.
SHAH ALAM, 22 JUN: Seorang pemandu dan dua penumpang sebuah bas persiaran cedera apabila kenderaan itu terbabas lalu merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 12 Jalan Genting-Bentong di sini, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 14 JUN: Laporan awal siasatan terhadap kemalangan yang mengorbankan 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik, Perak pada 9 Jun lepas mendapati tiada bukti kegagalan sistem mekanikal pada bas berkenaan.
KUALA LUMPUR, 11 JUN: Permit syarikat pengendali bas yang terlibat dalam nahas sehingga mengorbankan nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kelmarin dibatalkan serta-merta.
IPOH, 10 JUN: Sebanyak 15 mangsa yang cedera dalam kemalangan di Jalan Raya Timur–Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding, Gerik, semalam masih menerima rawatan di hospital manakala 18 lagi telah dibenarkan pulang.
SHAH ALAM, 10 JUN: Pemasangan kamera papan pemuka dalam pengangkutan awam seperti bas perlu diwajibkan demi keselamatan penumpang, selain sebagai bukti siasatan jika berlaku kemalangan.
KUALA LUMPUR, 9 JUN: Awal pagi ini, negara dikejutkan dengan kemalangan tragis di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding di Gerik membabitkan sebuah bas dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
GERIK, 9 JUN: “Saya hanya mampu lihat kawan-kawan meronta dan menjerit minta tolong… Ada yang tersepit dan ada yang terus senyap, tetapi saya tidak mampu berbuat apa-apa,” itu cerita yang dikongsi seorang daripada mangsa yang terselamat dalam kemalangan maut melibatkan sebuah bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi.
GERIK, 9 JUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kemalangan membabitkan bas sewa khas dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang meragut 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di sini awal pagi tadi.
IPOH, 9 JUN: Sekurang-kurangnya 15 maut dalam melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah kenderaan, dalam kejadian di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, awal pagi tadi.
SEREMBAN, 23 MAC: Lebih 500 bas ekspres diperiksa dalam Pra-Operasi Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 yang diadakan bermula 17 Mac hingga hari ini.
SEREMBAN, 22 MAC: Seorang pemandu bas ekspres cedera parah manakala 20 penumpang mengalami cedera ringan akibat kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 43 arah selatan Lebuh raya Elite pada 8 pagi tadi.
BUKIT MERTAJAM, 15 MAC: Sebuah bas ekspres dalam perjalanan dari Kulim ke sebuah bengkel di Butterworth terbakar di Kilometer (KM) 7.9 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) sebelum plaza tol di sini, pagi tadi.
BUKIT MERTAJAM, 2 FEB: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan saman terhadap 14 ekspres dan bas persiaran kerana kesalahan tiada pemandu kedua bagi pemanduan melebihi 300 kilometer atau melebihi empat jam berterusan, dalam operasi khas di Plaza Tol Juru malam tadi.
ALOR GAJAH, 23 DIS: Tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.