Bas Rapid KL langgar kenderaan di Persiaran Subang Permai, seorang maut

28 Sep 2026, 10:06 AM
Bas Rapid KL langgar kenderaan di Persiaran Subang Permai, seorang maut

SHAH ALAM, 28 SEPT: Seorang maut dan seorang lagi cedera selepas dilanggar sebuah bas Rapid KL yang dalam perjalanan ke Subang Mewah, pada 6.19 pagi tadi.

Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan bas tersebut melanggar beberapa kenderaan yang diletakkan di bahu jalan ketika melalui Persiaran Subang Permai.

"Sebuah motosikal yang berada di lokasi terbabit juga terbabit dalam kemalangan itu. Akibatnya, penunggang dan pembonceng itu cedera.

"Ambulans tiba di lokasi kejadian pada 7.07 pagi dan pegawai perubatan mengesahkan seorang daripada mangsa sudah meninggal dunia, manakala seorang lagi mengalami kecederaan.

"Mangsa cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut," maklumnya menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Rapid KL merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu.

"Rapid KL komited untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan berhubung kejadian ini.

"Pada masa yang sama, Rapid KL akan terus memberikan perhatian terhadap aspek keselamatan penumpang, kakitangan dan semua pengguna jalan raya," katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.