KUALA LUMPUR, 30 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi Persekutuan dan negeri susulan banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
PUTRAJAYA, 30 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengintegrasikan teknologi blok rantai (blockchain) dan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi serta siasatan bagi memerangi taktik jenayah rasuah yang semakin berkembang.
BAGAN DATUK, 30 JAN: Semua aset bantuan bencana peringkat Persekutuan dan negeri dikoordinasikan ke 13 lokasi terjejas banjir di Sarawak yang setakat tengah hari tadi melibatkan lebih 6,700 mangsa.
SEREMBAN, 30 JAN: Percutian sekumpulan pekerja dari Klang, Selangor bertukar tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan lemas ketika mandi-manda di Pantai Batu 5, Port Dickson dekat sini semalam.
SHAH ALAM,30 JAN: Selangor menyasarkan kutipan hasil negeri mencapai RM3 bilion dalam masa terdekat dan RM5 bilion menjelang 2029.
KUALA LUMPUR, 30 JAN: Polis telah menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes penipuan tawaran bantuan urusan menukar seksyen hukuman di mahkamah membabitkan isteri kepada seorang pelawak.
KUALA LUMPUR, 30 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanser payudara tahap empat, Chai Pau Chin di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.
KUALA LUMPUR, 30 JAN: Penuntut wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun dilaporkan hilang setelah tidak pulang ke kampus sejak malam Isnin, menurut Malaysian Students’ Association in Japan (MSAJ) pada Rabu.
KUALA LUMPUR, 30 JAN: Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia semalam selepas dipercayai didera ibu bapanya di Kajang, Selangor.
KUCHING, 30 JAN: Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat mendadak setakat 8.00 pagi ini, dengan seramai 5,385 orang daripada 1,505 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
MIRI, 30 JAN: Ketika masyarakat Cina di Sarawak baru memulakan sambutan Tahun Baharu Cina, keadaan di Kampung Lereng Bukit, di sini dilanda duka susulan kejadian tanah runtuh awal pagi semalam yang meragut lima nyawa.
KUALA LUMPUR, 29 JAN: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak dan Sabah meningkat mendadak kepada 4,000 orang setakat pukul 8 malam ini, berbanding 1,250 pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 29 JAN: Satu Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi yang diurussetiakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia akan dibentuk bagi mendukung komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha permulaan membantu membangunkan semula Gaza.
MIRI, 29 JAN: Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Fatimah Dawi, 71, ditemukan pada 6.06 petang oleh petugas penyelamat, kata Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu.
GEORGE TOWN, 29 JAN: Tourism Malaysia memulakan pelbagai usaha bagi mempromosikan negeri di wilayah utara khususnya Pulau Pinang bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
PENAMPANG, 29 JAN: Aktiviti riadah sekumpulan individu bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka maut dirempuh kereta di Kilometer 7.2 berhampiran sebuah pusat beli-belah menghala Pekan Donggongon, di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 29 JAN: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 3.16 petang tadi.
KUALA LUMPUR, 29 JAN: Malaysia dan Thailand komited untuk memperkukuhkan hubungan sedia ada, selain meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dalam konteks pertahanan.
KUALA LUMPUR, 29 JAN: Harga runcit diesel di Semenanjung naik lima sen seliter daripada RM3.13 kepada RM3.18 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter bagi tempoh 30 Jan hingga 5 Feb.
SHAH ALAM, 29 JAN: Tiada unsur jenayah dalam kes kematian seorang warga asing susulan dilanggar kereta api di Stesen Komuter Klang, Jalan Besar, Taman Sri Istana di sini pagi semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.