SHAH ALAM, 23 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut petir melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 8 malam.
Amaran sama dikeluarkan di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Melaka selain beberapa daerah di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.
Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.





