Cadangan untuk menubuhkan tribunal berhubung kes buli membabitkan pelajar dan kanak-kanak akan dibawa ke mesyuarat Kabinet, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis menahan seorang lelaki disyaki seorang pemandu van sekolah yang menurunkan dan mengambil pelajar sekolah secara berbahaya dalam video tular di media sosial.
Seorang lelaki berusia 61 tahun yang lebih 40 tahun bergelumang dengan penyalahgunaan dadah, antara 128 individu ditahan dalam Op Perdana Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang dijalankan serentak di sekitar ibu negara dan Labuan, bermula malam tadi.
Lima remaja perempuan bawah umur dijadual didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak di sini pagi ini berhubung kes buli pelajar Zara Qairina Mahathir.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor komited mengawal jumlah pekerja asing sedia ada di dalam negara selepas kerajaan memutuskan untuk menghentikan kemasukan golongan itu sejak Mei lepas.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM9.35 bilion kepada lebih tiga juta pembayar cukai sehingga 30 Jun, 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Berpantang maut sebelum ajal. Itulah pepatah tepat menggambarkan detik cemas dilalui sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia 10 bulan apabila kereta yang dinaiki dihempap sebatang pokok yang tumbang ketika melalui jalan Ipoh–Lumut dekat Seri Iskandar, petang tadi
Malaysia akan terus menumpukan semua usaha promosi dan pengiklanan (A&P) bagi menarik pelancong bernilai tinggi, di samping mengekalkan strategi pelancongan berasaskan jumlah sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026)
Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian sebuah kereta terkena anak panah di Jalan Macalister di sini yang tular di media sosial.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor merekodkan sejumlah 1,004 taska berdaftar setakat Julai lalu, yang memberi manfaat kepada lebih 18,700 kanak-kanak berusia bawah empat tahun.
Ethics and Anti-Corruption Commission (EACC) iaitu agensi antirasuah Kenya berhasrat menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pelbagai bidang
Sebanyak 337,851 keluarga di Selangor menerima manfaat air percuma menerusi Skim Air Darul Ehsan (SADE) setakat Julai lalu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 7 malam. Amaran sama dikeluarkan melibatkan empat daerah di Selangor iaitu Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memandu Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Rawang.
Pembelian pesawat Boeing bernilai US$9.5 bilion bagi fasa kedua tidak akan menjejaskan tahap hutang negara serta memberi impak kepada defisit fiskal Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Anuar Hamzah Tohar menyeru masyarakat khususnya anak muda menjadikan wakaf sebagai amalan harian walaupun jumlahnya kecil.
Pada hari ini dalam tahun 1959, Pilihan Raya Umum Parlimen yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan.
Kerajaan akan meneliti keperluan untuk menggubal Akta Anti-Buli yang memberi penekanan kepada penubuhan sebuah tribunal, bagi mendengar kes buli melibatkan pelajar dan kanak-kanak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Prestasi perdagangan Malaysia kembali mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 3.8 peratus tahun ke tahun kepada RM265.92 bilion, nilai perdagangan bulanan tertinggi pernah direkodkan, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan negara, khususnya berkaitan kebocoran maklumat dalam badan risikan dan memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.