SHAH ALAM, 13 MAC: Remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lalu ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
KUALA LUMPUR, 12 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.
BUTTERWORTH, 12 MAC: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat di sini.
PUTRAJAYA, 12 MAC: Enam lelaki, termasuk lima warga asing berusia 30-an ditahan kerana disyaki terlibat aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi di Taman Semenyih Jaya, Semenyih, Selangor semalam.
KUANTAN, 12 MAC: Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, bulan lepas.
KUANTAN, 11 MAC: Dua beradik ditahan bagi membantu siasatan kes meletakkan bayi yang sudah tidak bernyawa di pusat perlindungan bayi sebuah hospital swasta di sini, semalam Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kedua-dua wanita berusia 24 dan 25 tahun itu ditahan secara...
KUALA LUMPUR, 11 MAC: Polis Diraja Malaysia menerima maklumat terbaharu berhubung kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang membabitkan satu pautan rakaman video.
BUKIT MERTAJAM, 11 MAC: Seorang penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok di sini pagi tadi.
JOHOR BAHRU, 11 MAC: Sindiket pengedaran dadah yang beroperasi di sebuah kedai runcit diserbu polis dan tiga lelaki ditahan dalam operasi di kawasan Taman Universiti, di sini minggu lalu.
SEREMBAN, 11 MAC: Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Persiaran Senawang 1 di sini Khamis lalu disahkan meninggal dunia malam tadi.
KOTA BHARU, 10 MAC: Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketat kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi menghalang suspek yang dikaitkan dengan insiden letupan bom di Sungai Golok, selatan Thailand daripada melarikan diri ke Malaysia.
SHAH ALAM, 10 MAC: Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
CHUKAI, 10 MAC: Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’.
KUANTAN, 10 MAC: Polis menjalankan siasatan berhubung klip video tular membabitkan sekumpulan pemilik kenderaan dipercayai memandu secara berbahaya di Genting Highlands, Bentong dekat sini.
GEORGE TOWN, 10 MAC: Doktor perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakit Khamis lalu, ditahan semula hari ini bagi melengkapkan siasatan terhadapnya.
KUALA LUMPUR, 10 MAC: Seramai 26 individu termasuk 18 wanita warga asing disyaki pelacur ditahan dalam serbuan di lima lokasi sekitar Bukit Bintang di sini awal pagi semalam.
SEMPORNA, 10 MAC: Pelancong lelaki warga China berusia 34 tahun, lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Mabul, semalam.
SEREMBAN, 10 MAC: Anggota polis lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan lori di di KM 9 Jalan Gemencheh-Batang Melaka, dekat sini malam tadi.
KUALA LUMPUR, 9 MAC: Dua anggota polis positif dadah antara 55 individu ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah premis pusat hiburan di sekitar Pudu di sini kira-kira 4 petang semalam.
ALOR SETAR, 9 MAC: Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini, menjalani pemerhatian mental selama sebulan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.