Lima sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran rumah

26 Feb 2026, 12:14 AM
Lima sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran rumah

RAUB, 26 FEB: Lima sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar 3.35 pagi tadi.

“Sejurus pemadaman kita menjumpai kesemua mangsa di lokasi kejadian, “ katanya.

Beliau berkata kesemua mayat berkenaan akan dibawa ke Hospital Raub untuk tindakan lanjut.