KUALA LUMPUR, 26 SEPT: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merakam aksi melompat melintasi landasan monorel di stesen Bukit Bintang pada 24 Sept lepas.
KUALA LUMPUR, 26 SEPT: Pekerja restoran ikan bakar dihukum penjara lima tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya, tahun lalu.
KUALA LUMPUR, 26 SEPT: Seorang lelaki warga asing diselamatkan polis selepas dipercayai menjadi mangsa culik penjenayah yang mati ditembak dalam kejadian di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, semalam.
KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Polis telah menerima 10 laporan daripada pekerja GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang mendakwa mereka tidak menerima sebarang bayaran gaji sepanjang bertugas di premis milik syarikat itu di seluruh negara.
KUALA LUMPUR, 26 SEPT: Lapan tong sisa buangan jenis cecair dipercayai bahan kimia ditemui di dalam parit berhampiran kawasan perkilangan di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh, di sini dua hari lalu.
KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Seorang pemandu lori dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat dan menggunakan komunikasi lucah serta mengaibkan pempengaruh TikTok A.
KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Lelaki dipercayai mempunyai 26 rekod jenayah ditembak mati ketika cuba ditahan polis selepas disyaki terbabit kegiatan pecah rumah.
KOTA KINABALU, 25 SEPT: Kanak-kanak dua tahun dan bayi berusia dua bulan dikhuatiri hanyut dalam kejadian banjir di Kampung Dalit, Sook, dekat Keningau, petang semalam.
KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Rangka manusia dipercayai bayi ditemukan di kawasan Lebuhraya Rawang Bypass di Rawang, dekat sini semalam.
KUALA LUMPUR, 24 SEPT: Seorang pengarah syarikat kerugian RM1.9 juta selepas mendakwa dirinya ditipu sebuah firma guaman di sini baru-baru ini.
JOHOR BAHRU, 24 SEPT: Seorang pesara kerajaan kerugian RM1.24 juta selepas mendakwa terperdaya dengan pelaburan saham pratawaran awam permulaan (IPO), pada awal Jun lepas.
PUTRAJAYA, 24 SEPT: Seorang bapa kekal dipenjara 25 tahun dengan 10 sebatan kerana merogol anak kandung perempuannya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), tahun lepas.
KAJANG, 24 SEPT: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan ke atas seorang bekas pengasuh kerana mendedahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lima bulan yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal, empat bulan lepas.
KUANTAN, 24 SEPT: Seorang warga emas kerugian RM184,000 selepas terpedaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman.
KOTA BHARU, 23 SEPT: Polis menahan pemandu lori yang positif dadah methamphetamine selepas lelaki itu merempuh tiga motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat Limbat, Kubang Kerian di sini hari ini.
KUCHING, 23 SEPT: Seorang anggota tentera yang sedang menjalani latihan di kawasan hutan di Song dalam Bahagian Kapit, maut terkena tembakan dipercayai dilepaskan pemburu haram hari ini.
KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Jabatan Penjara mengesahkan penangkapan semula banduan reman yang melarikan diri pada 18 September lalu ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sungai Buloh, Selangor.
PUTRAJAYA, 23 SEPT: Seorang bekas guru Bahasa Arab di sebuah sekolah rendah kekal dipenjara sembilan tahun dengan dua sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berumur 10 tahun, enam tahun lepas.
KANGAR, 23 SEPT: Seorang kontraktor hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh bekas pelumba Moto3 dan Cub Prix negara Elly Idzlianizar Ilias, dua minggu lepas.
KLANG, 22 SEPT: Polis bersama Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sentiasa bekerjasama dalam berkongsi maklumat sejak awal siasatan terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.