ad

Ahli perniagaan rugi RM570,000, terperdaya pelaburan palsu

13 Sep 2025, 7:11 AM
Ahli perniagaan rugi RM570,000, terperdaya pelaburan palsu

KUCHING, 13 SEPT: Ahli perniagaan dari Miri kerugian RM570,000 selepas terperdaya tawaran pelaburan tidak wujud diiklankan menerusi akaun Facebook.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata mangsa berusia lewat 50-an menghubungi suspek selepas melihat iklan itu.

“Suspek menawarkan skim pelaburan menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Farhan berkata mangsa membuat transaksi pemindahan wang secara berperingkat ke dalam akaun bank diberikan suspek.

Mangsa sedar ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan dijanjikan, selain diminta untuk menjelaskan bayaran tambahan jika mahu mendapatkan pulangan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mohd Farhan menasihatkan orang ramai berwaspada dengan pelaburan dalam talian menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat dan membuat semakan terhadap syarikat atau laman web mencurigakan di semakmule.rmp.gov.my/bnm.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.