ad

Lelaki Orang Asli hilang ketika mandi sungai ditemukan lemas

16 Sep 2025, 7:50 AM
Lelaki Orang Asli hilang ketika mandi sungai ditemukan lemas
Lelaki Orang Asli hilang ketika mandi sungai ditemukan lemas
Lelaki Orang Asli hilang ketika mandi sungai ditemukan lemas
Lelaki Orang Asli hilang ketika mandi sungai ditemukan lemas

SHAH ALAM, 16 SEPT: Lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang selepas mandi bersama empat rakannya di Sungai Cherandong, Kampung Orang Asli Buloh Telor di sini semalam, ditemukan lemas pagi ini oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mayat mangsa dijumpai tersangkut di pokok di tebing sungi kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa mandi bersama rakannya.

"Mangsa yang berusia 47 tahun dilaporkan hilang ketika mandi bersama rakan di sungai berkenaan. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan kehilangan daripada adik mangsa pada jam 12.45 tengah malam.

Susulan laporan itu, sepasukan anggota dari BBP Kuala Kubu Bharu bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.36 pagi.

Ibrahim berkata, mangsa dipercayai cuba menaiki rakit yang dibawa rakannya, namun gagal diselamatkan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.