GAZA, 25 MAC: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat melaporkan bahawa seramai 124,000 orang telah berpindah dari Semenanjung Gaza dalam tempoh hanya beberapa hari susulan serangan udara Israel yang semakin meningkat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
SEOUL, 25 MAC: Seorang penunggang motosikal yang terjatuh ke dalam lubang benam di Seoul ditemukan dalam keadaan jantung terhenti pada Selasa, lapor Agensi Berita Yonhap.
RAMALLAH, 24 MAC: Presiden Palestin Mahmoud Abbas menuduh Israel menggunakan air sebagai senjata perang dan pemindahan paksa, dengan menyatakan bahawa dasar itu merupakan sebahagian daripada usaha sistematik untuk mengawal dan mengusir rakyat Palestin daripada tanah mereka.
AMMAN, 23 MAC: Raja Jordan Raja Abdullah II bertitah terdapat keperluan mendesak untuk tindakan segera pihak antarabangsa bagi menghentikan serangan berterusan Israel ke atas Gaza serta memastikan gencatan senjata kekal menerusi panggilan telefon dengan Perdana Menteri Britain Keir Starmer semalam.
PUTRAJAYA, 22 MAC: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaru Israel ke atas Gaza, khususnya di Rafah, yang telah meragut lebih 600 nyawa rakyat Palestin dalam tempoh tiga hari.
GENEVA, 22 MAC: Kekurangan bahan api yang teruk telah melumpuhkan respons kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin di Gaza, dengan kurang daripada separuh ambulans mereka kini beroperasi, menurut Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada Jumaat.
BAITULMAQDIS, 22 MAC: Meskipun berdepan sekatan ketat Israel, kira-kira 80,000 rakyat Palestin menunaikan solat Jumaat sempena Ramadan di Masjid Al-Aqsa yang terletak di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.
BANGKOK, 21 MAC: Seramai 4,895 individu yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar telah dihantar pulang ke negara masing-masing, menurut Kementerian Luar Thailand.
BANDARAYA GAZA, 20 MAC: Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak Selasa lalu, kata Kementerian Kesihatan wilayah itu hari ini.
JAKARTA, 20 MAC: Indonesia menyediakan 404 pesawat bagi menyokong perjalanan pulang Aidilfitri 2025, menurut kenyataan daripada Direktorat Jeneral Penerbangan Awam di bawah Kementerian Pengangkutan pada Rabu, lapor Xinhua.
NEW YORK, 19 MAC: Lebih 170 kanak-kanak terbunuh ketika serangan pendudukan Israel di Semenanjung Gaza sejak awal pagi semalam, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
NIBONG TEBAL, 18 MAC: Malaysia mengutuk serangan terbaharu Israel ke atas Semenanjung Gaza, Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
RAMALLAH, 18 MAC: Palestin pada Selasa menggesa campur tangan segera antarabangsa bagi menghentikan perang genosid Israel ke atas Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.
KUALA LUMPUR, 18 MAC: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara dan bedilan artileri Israel ke atas Gaza pada hari ini, yang secara sepihak menamatkan perjanjian gencatan senjata, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar pada Selasa (18 Mac).
GAZA, 18 MAC: Pekan Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza, menyaksikan penghijrahan besar-besaran penduduk ke arah bandar Jabalia pada pagi Selasa, mencari tempat selamat, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
ANKARA, 18 MAC: Pihak berkuasa Gaza melaporkan bahawa lebih 322 rakyat Palestin terbunuh atau hilang dalam tempoh lima jam selepas Israel kembali melancarkan serangan di seluruh Semenanjung Gaza.
GAZA, 18 MAC: Tentera Israel kembali melancarkan serangan udara di Gaza selepas dua bulan mengorbankan sekurang-kurangnya 131 penduduk Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak.
WASHINGTON, 18 MAC: Tentera Israel hari in mendakwa pihaknya melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.
ISTANBUL, 18 MAC: Mesir semalam mengemukakan cadangan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk mempertimbangkan penempatan pasukan pengaman antarabangsa di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki, menurut Anadolu Ajansi (AA).
BANDARAYA GAZA, 17 MAC: Pihak berkuasa perbandaran di Gaza semalam memberi amaran mengenai krisis air yang semakin meruncing dan boleh menyebabkan kehausan secara meluas susulan penutupan lintasan sempadan oleh Israel serta ancaman untuk memutuskan bekalan air.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.