MOSCOW, 2 MAC: Syarikat pengangkut kargo terbesar di dunia, Maersk, pada Ahad mengumumkan penggantungan operasi melalui Selat Hormuz tanpa had tempoh berikutan konflik yang melanda rantau berkenaan.
"Kami menggantung semua lintasan kapal di Selat Hormuz sehingga diberitahu kelak," menurut syarikat berpangkalan di Denmark itu dalam satu kenyataan di laman sesawangnya, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Pada Sabtu, Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran yang mengakibatkan kerosakan serta kematian orang awam, termasuk di Tehran.
Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan peluru berpandu ke wilayah Israel serta ke atas infrastruktur ketenteraan AS di Timur Tengah.









