DUBAI, 2 MAC: Beberapa media kerajaan Iran pada Ahad mengesahkan kematian pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei.
Penyiar rasmi negara, IRIB, melaporkan bahawa “Pemimpin Tertinggi Iran telah syahid”.
Sementara itu, agensi berita Mehr yang mempunyai kaitan dengan kerajaan menyatakan Khamenei “mengorbankan nyawanya demi mengangkat Iran” dan kini “berada dalam kedudukan mulia bersama para syuhada”.
Seorang pegawai kanan Israel memaklumkan kepada Reuters bahawa jenazah pemimpin Iran itu ditemui selepas serangan.
Sementara itu, anak perempuan, cucu, menantu perempuan dan menantu lelaki Khamenei turut terbunuh dalam serangan tersebut.
Tentera Israel mengesahkan lima lagi pegawai kanan tentera turut maut, termasuk Ali Shamkhani, penasihat kepada pemimpin tertinggi Iran.
Dalam perkembangan berkaitan, Iran turut mengumumkan tempoh 40 hari berkabung kebangsaan susulan kematian pemimpin tertinggi tersebut.
Pengumuman itu dibuat selepas Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyatakan bahawa Khamenei terbunuh dalam serangan bersama yang dilancarkan ke atas Iran. - Agensi








