SHAH ALAM, 24 NOV: Kerajaan Negeri mengarahkan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) membuat pembahagian kluster bangunan kediaman strata yang belum mendapat hak milik.
SHAH ALAM, 24 NOV: Komuniti strata disaran memanfaatkan ruang-ruang kosong dengan mewujudkan kebun komuniti dalam menyumbang kepada ekosistem hijau yang lebih lestari, kata EXCO perumahan.
SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri berhasrat menyelaraskan bentuk bantuan seperti skim khariat kematian dan baucar beli-belah warga emas untuk memastikan penerima yang layak tidak tercicir.
SHAH ALAM, 22 NOV: Kerajaan Negeri meneliti membangunkan kaedah pendaftaran bantuan skim Khairat Darul Ehsan berjumlah RM1,000 secara digitalisasi, maklum EXCO kebajikan masyarakat.
SHAH ALAM, 22 NOV: Nisbah tanggungan bagi penduduk berusia di Selangor meningkat kepada 11.4 peratus sepanjang tahun ini, kata EXCO kebajikan masyarakat.
SHAH ALAM, 22 NOV: Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor yang menumpukan keperluan menyeluruh jaringan pengangkutan awam kini dalam peringkat akhir penyediaan, kata EXCO mobiliti.
SHAH ALAM, 21 NOV: Kerajaan Negeri menyalur tiga jenis geran dengan peruntukan RM373,000 kepada rumah perlindungan wanita, badan bukan kerajaan dan pusat kebajikan tahun ini.
SHAH ALAM, 21 NOV: Sebanyak 114 projek pembangunan akan dilaksana kerajaan persekutuan di Selangor tahun depan, dengan peruntukan berjumlah RM1.56 bilion, kata EXCO kemajuan desa.
SHAH ALAM, 21 NOV: Selangor mahu guna kelebihan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 untuk muncul juara secara keseluruhan buat kali ke-10 pada temasya sukan dwi-tahunan itu.
SHAH ALAM, 21 NOV: Seramai 555 remaja hamil luar nikah direkodkan setakat September berbanding 799 kes sepanjang tahun lalu, dedah EXCO pembangunan wanita dan keluarga.
SHAH ALAM, 21 NOV: Selangor merekod nilai dagangan sebanyak RM639.2 bilion kesan penyertaan negara dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
SHAH ALAM, 21 NOV: Kerajaan Negeri mengkaji cadangan membina kompleks litar lumba sebagai usaha memajukan sukan permotoran.
SHAH ALAM, 21 NOV: Seramai 3,867 individu menerima manfaat pemeriksaan kesihatan gigi secara percuma melalui program Selangor Saring setakat 31 Oktober 2024.
SHAH ALAM, 20 NOV: Gudang Makanan Selangor yang menempatkan stok simpanan makanan bagi menghadapi sebarang situasi dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.
SHAH ALAM, 20 NOV: Dewan Negeri Selangor (DNS) mengarahkan wakil rakyat Taman Medan Dr Afif Bahardin menarik semula kenyataan yang dikeluarkan berhubung pelaksanaan Skim Insurans Am Selangor (INSAN).
SHAH ALAM, 20 NOV: Pemilik atau pengusaha kilang tanpa kebenaran (KTK) digesa menyertai program pemutihan dengan mengemukakan permohonan tukar syarat kepada perindustrian.
SHAH ALAM, 20 NOV: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memeterai kerjasama dengan syarikat pembekal daging terkemuka dunia, Allanasons Private Limited yang akan memperkukuh jaminan keselamatan makanan Selangor.
SHAH ALAM, 20 NOV: Perkhidmatan transit percuma di perpustakaan awam menyediakan persekitaran kondusif, selamat dan selesa kepada anak-anak selepas waktu sekolah.
SHAH ALAM, 20 NOV: Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) seluruh negeri akan dibayar mulai tahun depan.
SHAH ALAM, 20 NOV: Kerajaan Negeri merancang untuk membangunkan sebuah lagi Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) di Cyberjaya tahun depan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.