Oleh Yasmin Ramlan SHAH ALAM, 28 NOV: Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti lebih banyak tanah yang boleh diwartakan sebagai hutan simpan kekal. EXCO alam sekitar berkata Selangor komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada tanah negeri sebagai hutan simpan...
SHAH ALAM, 27 NOV: Pembangunan Lembah Klang Raya 2035 berpotensi menjadi gagasan ekonomi utama sekali gus mampu bersaing dengan bandar besar di rantau Asia Tenggara.
SHAH ALAM, 27 NOV: Speaker Lau Weng San berkata beliau berpuas hati dengan prestasi perbahasan semua Ahli Dewan Negeri (ADN) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas.
SHAH ALAM, 27 NOV: Kerajaan Selangor menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelaras serta memperkukuhkan amalan kerja 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
SHAH ALAM, 27 NOV: Seramai 6,991 penduduk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma melalui program Selangor Saring sepanjang tahun ini, kata exco kesihatan awam.
SHAH ALAM, 27 NOV: Kerajaan Negeri sedang melaksana projek pembangunan pekan Pelabuhan Klang menerusi empat fasa sejak April lalu.
SHAH ALAM, 27 NOV: Kerja pembinaan Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani di Bestari Jaya, Kuala Selangor dijangka bermula awal tahun depan dengan tempoh siap selama dua tahun.
SHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan Negeri giat memulihara kawasan pembenihan kerang di perairan Kuala Selangor dan Sabak Bernam bagi meningkatkan kembali hasil pengeluaran hidupan laut itu.
SABAK BERNAM, 26 NOV: Karnival Pengguna Daerah Sabak Bernam anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran dan perlindungan hak masyarakat sebagai pengguna.
Oleh Norrasyidah Arshad dan Suhaila Shahrul Annuar SHAH ALAM, 26 NOV: Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) akan ditambah baik dan diselaraskan semula bagi memastikan inisiatif tersebut memanfaatkan golongan memerlukan. EXCO kesihatan berkata meskipun peruntukan program itu dikurangkan...
SHAH ALAM, 26 NOV: Sebanyak 242 unit tukun tiruan dan unjam hibrid dilabuhkan di perairan Selangor sejak 2006 hingga tahun lalu, kata EXCO pertanian.
SHAH ALAM, 26 NOV: Pembinaan 17 pusat data di negeri ini bakal memberi potensi pelaburan bernilai RM52 bilion untuk tempoh 10 tahun, sidang Dewan Negeri Selangor diberitahu hari ini.
SHAH ALAM, 26 NOV: Sebanyak 13 projek tebatan banjir melibatkan peruntukan lebih RM493 juta dilaksana di Klang bagi mengurangkan risiko bah kawasan terbabit, kata EXCO infrastruktur.
SHAH ALAM, 26 NOV: Seramai 617,916 warga emas mendaftar sebagai ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sepanjang tahun ini, bagi melayakkan mereka mendapat baucar membeli-belah berjumlah RM150.
SHAH ALAM, 25 NOV: Kerajaan Negeri menyarankan pesawah di Selangor mendaftar Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Agrobank.
SHAH ALAM, 25 NOV: Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor akan ditubuhkan untuk memperkasa tindakan mitigasi dan penyesuaian menangani impak perubahan iklim.
SHAH ALAM, 25 NOV: Kerajaan Negeri melancarkan kempen 16 hari menentang keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak bermula hari ini hingga 10 Disember.
SHAH ALAM, 25 NOV: Pembangunan Taman Aero Antarabangsa di Sepang dan projek stesen janakuasa Pulau Indah (PIPP) yang terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) menawar peluang kerjaya berkualiti tinggi sekali gus membawa perubahan kepada sektor ekonomi.
SHAH ALAM, 25 NOV: Selangor bakal menguatkuasa larangan penggunaan beg plastik pada Jumaat hingga Ahad di setiap premis perniagaan sebagai inisiatif memulihara alam sekitar.
SHAH ALAM, 25 NOV: Sektor elektrik dan elektronik antara tumpuan dalam projek Wilayah Pembangunan Bersepadu di Selangor Selatan (IDRISS), demikian persidangan Dewan Negeri Selangor diberitahu hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.