BERITA UTAMA

EXCO: Negeri giat pulihara kawasan benih kerang, tingkat hasil laut bernilai tinggi

26 Nov 2024, 2:00 PM
EXCO: Negeri giat pulihara kawasan benih kerang, tingkat hasil laut bernilai tinggi
EXCO: Negeri giat pulihara kawasan benih kerang, tingkat hasil laut bernilai tinggi
EXCO: Negeri giat pulihara kawasan benih kerang, tingkat hasil laut bernilai tinggi

SHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan Negeri giat memulihara kawasan pembenihan kerang di perairan Kuala Selangor dan Sabak Bernam bagi meningkatkan kembali hasil pengeluaran hidupan laut itu.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata kerang merupakan salah satu hasil laut bernilai tinggi dalam sektor agrikultur Selangor, justeru usaha mengembalikan pengkomersialan sektor itu wajar dilaksana.

“Kita nak hidupkan semula. Benda ini sudah tidak berapa (menjana ekonomi), banyak (pengusaha) yang sudah macam abaikan dan tidak uruskan dengan baik (antaranya disebabkan kecurian benih), sedangkan potensi tu ada.

“Kita akan kenal pasti semula pengusaha dan cari penyelesaian jangka panjang sebab kerang adalah salah satu hasil bernilai tinggi dalam sektor agrikultur kita. Kerang (Selangor) sangat bermutu tinggi,” katanya ditemui di Dewan Negeri Selangor hari ini.

[caption id="attachment_673919" align="aligncenter" width="1101"] EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim menjawab soalan ketika sesi Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kedua yang Ke-15 di di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 19 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Selain itu katanya kajian bersama Sirim Berhad diteruskan untuk fasa kedua tahun ini melibatkan perairan Sabak Bernam bagi mencari penyelesaian meningkatkan kualiti air untuk membolehkan benih kerang membiak dengan lebih baik.

“Kajian oleh Sirim bagi fasa satu (perairan Kuala Selangor) sudah siap tahun lepas. Saliran air Sungai Buloh yang mengalir keluar (ke laut) menunjukkan ia menyebabkan kepupusan kerang di situ. (Sungai itu) antara sungai yang tercemar dalam Selangor lagi teruk dari Sungai Klang,” katanya.

Terdahulu menjawab soalan wakil rakyat Sungai Panjang Mohd Razali Saari dalam Sidang Dewan Negeri mengenai faktor pengeluaran benih kerang di Sabak Bernam merosot, Izham berkata laporan kajian awal oleh Sirim Berhad di perairan Kuala Selangor menunjukkan kualiti air di sekitar lot kerang dalam keadaan tercemar.

Sebelum ini Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pewujudan pos pangkalan hadapan di pesisiran Kuala Selangor dan Sabak Bernam antara usaha Kerajaan Negeri bagi menangani isu kecurian benih kerang di kawasan berkenaan.

Amirudin berkata langkah itu juga dapat membanteras penggunaan bubu naga yang mengancam ekosistem perikanan secara lebih tuntas dengan kerjasama agensi penguatkuasaan berkaitan.

[caption id="attachment_628443" align="aligncenter" width="1137"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mendengar taklimat sebelum melawat tapak isu kecurian benih kerang di Jeti Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam pada 13 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]