ad
BERITA UTAMA

EXCO: Cadang larang guna beg plastik Jumaat hingga Ahad di Selangor

25 Nov 2024, 4:52 AM
EXCO: Cadang larang guna beg plastik Jumaat hingga Ahad di Selangor
EXCO: Cadang larang guna beg plastik Jumaat hingga Ahad di Selangor

SHAH ALAM, 25 NOV: Selangor bakal menguatkuasa larangan penggunaan beg plastik pada Jumaat hingga Ahad di setiap premis perniagaan sebagai inisiatif memulihara alam sekitar.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata perkara itu sedang diteliti termasuk aspek bidang kuasa bagi memastikan tindakan penguatkuasaan yang bakal diambil berjalan lancar.

“Sebenarnya tahun ini kita telah mengadakan bengkel untuk perketat undang-undang dan juga tindakan penguatkuasaan sebelum tahun depan. Insyaallah-Allah kita mungkin menambah jenis perundangan dan inisiatif termasuk kempen bebas beg plastik.

[caption id="attachment_651837" align="aligncenter" width="1082"] EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin menjawab soalan dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 11 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Sebagai contoh pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad mungkin kita tidak benarkan penggunaan plastik langsung di mana-mana pusat beli belah, pasar mini untuk kita memperketatkan penggunaan beg plastik,” katanya di sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Tahun lalu, bekas EXCO alam sekitar berkata pentadbiran akan melaksana larangan sepenuhnya penggunaan beg plastik menjelang 2025 sekiranya menemui bahan gantian yang boleh digunakan.

Hee Loy Sian berkata penguatkuasaan itu penting supaya larangan sepenuhnya beg plastik kelak dan ia tidak akan membebankan mana-mana pihak terutamanya pengguna.

Setakat Julai, RM38 juta dikumpul hasil daripada caj 20 sen yang dikenakan untuk setiap beg plastik sepanjang 2020 hingga tahun lalu dan wang kutipan itu digunakan untuk penganjuran program kelestarian bagi mendidik rakyat mencintai dan memelihara alam sekitar.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.