ad
BERITA UTAMA

Negeri kenal pasti tanah untuk diwarta sebagai hutan simpan kekal

28 Nov 2024, 6:00 AM
Negeri kenal pasti tanah untuk diwarta sebagai hutan simpan kekal

Oleh Yasmin Ramlan

SHAH ALAM, 28 NOV: Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti lebih banyak tanah yang boleh diwartakan sebagai hutan simpan kekal.

EXCO alam sekitar berkata Selangor komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada tanah negeri sebagai hutan simpan kekal.

Menurut Jamaliah Jamaluddin, langkah itu merupakan sebahagian strategi di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk mengekalkan hutan negeri.

"Pada masa ini, Selangor mempunyai 250,987.12 hektar hutan simpan kekal, iaitu 31.7 peratus daripada keluasan tanah negeri ini," katanya di Sidang Dewan Negeri di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Gombak Setia Muhammad Hilman Idham mengenai usaha Kerajaan Negeri dalam mengekalkan peratusan hutan simpanan kekal.

Jamaliah berkata antara usaha mengekalkan kawasan hutan simpan termasuk penguatkuasaan Kaedah-kaedah Penyiasatan Awam (Selangor) 2014 bagi kawasan yang akan dinyahwarta.

Selangor juga menjalankan kajian untuk mengenal pasti tanah kerajaan yang berpotensi diwartakan sebagai hutan kekal simpan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.