KUALA LUMPUR, 22 NOV: Banjir melanda dua negeri iaitu Perak dan Terengganu dengan mencatatkan keseluruhan 96 mangsa yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri masing-masing setakat pagi ini.
KUALA LUMPUR, 21 NOV: Kekerapan tren dan laluan bas Rapid KL terpilih akan ditambah bermula esok bagi memudahkan pengunjung ke program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 Nov.
KOTA BHARU, 21 NOV: Jabatan Bomba dan Penyelamat Dabong menyelamatkan seramai 40 yang terperangkap dalam kejadian kepala air di Kampung Gua Ikan, Dabong, Kuala Krai, petang ini.
SHAH ALAM, 21 NOV: Kerajaan Negeri menyalur tiga jenis geran dengan peruntukan RM373,000 kepada rumah perlindungan wanita, badan bukan kerajaan dan pusat kebajikan tahun ini.
SHAH ALAM, 21 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam.
SHAH ALAM, 21 NOV: Selangor mahu guna kelebihan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 untuk muncul juara secara keseluruhan buat kali ke-10 pada temasya sukan dwi-tahunan itu.
SHAH ALAM, 21 NOV: Seramai 555 remaja hamil luar nikah direkodkan setakat September berbanding 799 kes sepanjang tahun lalu, dedah EXCO pembangunan wanita dan keluarga.
SHAH ALAM, 21 NOV: Sebanyak 2,178 daripada 5,058 permohonan Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel (Unit MySel) diselesaikan sejak 2020 hingga Oktober lalu.
SHAH ALAM, 21 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang hingga 4 petang.
KUALA LUMPUR, 21 NOV: Semua khidmat Sistem Mesej Pelbagai (VMS) atau papan iklan LED di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memaparkan status semasa cuaca dan amaran kemungkinan banjir kilat bermula esok.
SHAH ALAM, 21 NOV: Kerajaan Negeri mengkaji cadangan membina kompleks litar lumba sebagai usaha memajukan sukan permotoran.
KUALA LUMPUR, 18 NOV: Pembinaan di tapak projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) hanya dijangka bermula pada 2027 iaitu setelah Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menyelesaikan proses pemerolehan tanah.
PETALING JAYA, 18 NOV: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini menerima sebuah dron yang dilengkapi dengan keupayaan pengawasan beresolusi tinggi bernilai RM60,000 bagi mempertingkatkan kecekapan pencegahan jenayah sekali gus dapat mewujudkan persekitaran komuniti yang lebih selamat.
KUALA SELANGOR, 18 NOV: Insentif wang tunai RM1,000 melalui program Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) dan baucar buku RM1000 membantu mahasiswa menampung kos pembelajaran di universiti.
SHAH ALAM, 18 NOV: Keputusan Selangor mengemukakan kertas putih kecerdasan buatan (AI) bakal memberi manfaat jangka panjang kepada semua pihak.
SHAH ALAM, 18 NOV: Intipati Belanjawan Selangor 2025 yang dibentang Jumaat lalu membuktikan pentadbiran kini berada dalam kedudukan selesa sekali gus mampu merancang banyak pembangunan demi manfaat rakyat.
KUALA LUMPUR, 18 NOV: Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara adalah tertakluk dan dilindungi di bawah undang-undang buruh serta undang-undang hak asasi manusia termasuk pemerdagangan orang di negara berkenaan, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
SHAH ALAM, 18 NOV: Kerajaan Negeri dijangka memuktamadkan ratifikasi Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) menjelang awal tahun depan.
PETALING JAYA, 18 NOV: Dua lagi Pasar Raya Ehsan Mart kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dijangka dibuka sekitar Ampang dan Hulu Kelang bulan depan.
KAJANG, 18 NOV: Sebelas lelaki warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki bahan kawalan berjadual iaitu minyak masak sebanyak 4,000 kilogram tanpa lesen sah, minggu lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.