SELANGOR

Klang antara tiga daerah diramal ribut petir hingga 4 petang

21 Nov 2024, 5:50 AM
Klang antara tiga daerah diramal ribut petir hingga 4 petang

SHAH ALAM, 21 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang hingga 4 petang.

Cuaca disertai ribut petir turut dijangka berlaku di beberapa daerah di Perak, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.