ad
AGENSI

Lebih 80 terima komputer riba, MBI mahu perluas kepada pelajar IPTS

22 Nov 2024, 8:06 AM
Lebih 80 terima komputer riba, MBI mahu perluas kepada pelajar IPTS
Lebih 80 terima komputer riba, MBI mahu perluas kepada pelajar IPTS
Lebih 80 terima komputer riba, MBI mahu perluas kepada pelajar IPTS

KUALA SELANGOR, 22 NOV: Lebih 80 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerima komputer riba daripada Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, tahun ini.

Ketuanya Ahmad Azri Zainal Nor berkata RM150,000 diperuntuk bagi menjayakan program pemberian bantuan itu kepada pelajar kurang berkemampuan.

“Baru-baru ini program bantuan ini tular di media sosial, susulan itu kita telah menerima banyak permohonan termasuk daripada pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

“Setakat ini, bantuan diberi kepada pelajar IPTA. Insya-Allah, sekiranya ia (program) diteruskan lagi tahun hadapan kita akan mempertimbang bantuan kepada pelajar IPTS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan bantuan tersebut di Pusat Khidmat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Azri menyampaikan bantuan komputer riba kepada empat pelajar manakala satu keluarga turut menerima bantuan bencana ribut.

[caption id="attachment_674390" align="alignright" width="341"] Siti Aishah Mokhtar[/caption]

Salah seorang penerima, Siti Aisyah Mokhtar Daud, 19, berkata beliau terharu dengan pemberian itu dan akan menggunakannya sebaik mungkin terutama ketika belajar.

“Alhamdulillah, bantuan ini tepat pada masanya memandangkan komputer riba sebelum ini rosak dan kebetulan saya pun baharu sahaja dua bulan daftar masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun,” kata pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Manakala, Azira Bee Muhammad, 60, yang mewakili anaknya yang kini menuntut di UiTM Jengka, berterima kasih kepada Yayasan MBI dan Kerajaan Negeri atas pemberian itu.

“Sebelum ini anak pinjam komputer riba abang dia, Alhamdulillah sekarang dia dah dapat yang sendiri. Harap inisiatif ini berterusan,” katanya.

[caption id="attachment_674389" align="alignleft" width="345"] Penyelaras DUN Bukit Melawati S Thiban [/caption]

Sementara itu, penyelaras DUN S Thiban berkata sembilan pelajar di kawasan berkenaan menerima manfaat komputer riba percuma daripada Yayasan MBI tahun ini.

“Terima kasih kepada pihak MBI kerana memudah cara pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan, saya harap penerima gembira dan belajar dengan lebih bersungguh-sungguh,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Azri menjelaskan pemberian komputer riba itu akan dilengkapi kad modul pengenalan pelanggan (SIM) internet percuma selama 12 bulan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.