KUALA LUMPUR, 18 JAN: Hasrat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 tidak kesampaian selepas tewas dalam aksi separuh akhir hari ini.
SHAH ALAM, 18 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 7 malam.
SHAH ALAM, 14 JAN: Program Platform Selangor (PLATS) Masuk Bazar diteruskan sepanjang Ramadan ini melibatkan peruntukan RM40,000, kata ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.
SHAH ALAM,14 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menambah lapan lagi unit kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau aktiviti pembuangan sampah di lokasi panas serta mengenal pasti pelaku.
KUALA LUMPUR, 14 JAN: Skuad boling lelaki negara mencipta sejarah apabila buat pertama kali merangkul trofi Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Kowloon, Hong Kong hari ini.
KUALA LUMPUR, 14 JAN: Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao turun dengan aksi meyakinkan apabila berjaya menundukkan pilihan kelima kejohanan dari China Li Shi Feng di Terbuka India hari ini.
SHAH ALAM, 14 JAN: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di lima lokasi, esok.
SEREMBAN, 14 JAN: Seorang peniaga wanita dalam talian mengalami kerugian RM252,004 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lebih RM1 juta dalam tempoh dua bulan.
SHAH ALAM, 14 JAN: Hujan lebat diramal melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 8 malam, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
SHAH ALAM, 14 JAN: Seramai 3,000 mahasiswa anak Selangor bakal menerima kad modul pengenalan pelanggan (SIM) dengan data internet percuma untuk menyokong pembelajaran mereka.
PUTRAJAYA, 14 JAN: Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) berjaya menyelamatkan 475 projek melibatkan 59,050 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM52.67 bilion sepanjang tahun lepas.
SHAH ALAM, 14 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang sehingga 6 petang.
SUNGAI BULOH, 14 JAN: Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan hari ini mengumumkan peruntukan RM100 juta melalui TEKUN Nasional untuk memperkasakan dan memperkukuh lagi agenda pemerkasaan ekonomi komuniti India.
SHAH ALAM, 14 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan 384 tong ‘Roll On Roll Off’ (roro) bagi menjayakan program pembersihan sampah pukal sempena Tahun Baharu Cina.
IPOH, 13 JAN: Seorang lelaki berusia 54 tahun meninggal dunia ketika mendaki Bukit Kledang, Pasir Puteh dekat sini, hari ini.
PUTRAJAYA, 13 JAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengambil tindakan penguatkuasaan dan membawa ke muka pengadilan terhadap pihak yang menyalahgunakan logo halal.
KUANTAN, 13 JAN: Polis menahan seorang peniaga dan merampas 47 pucuk senjata api tiruan yang disyaki untuk dijual secara dalam talian selepas menyerbu sebuah rumah di Inderapura, di sini 2 Jan lepas.
SHAH ALAM, 13 JAN: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di lima lokasi, esok.
KUALA TERENGGANU, 13 JAN: Seorang warga emas maut manakala dua anak lelakinya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Kemaman dekat sini hari ini.
HULU LANGAT, 13 JAN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menumpukan projek menaik taraf kemudahan awam dan sistem saliran bagi mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan pentadbirannya, tahun ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.