ad
AGENDA

Terbuka India: Pearly-Thinaah, Soon Huat-Shevon terkandas di separuh akhir

18 Jan 2025, 10:08 AM
Terbuka India: Pearly-Thinaah, Soon Huat-Shevon terkandas di separuh akhir
Terbuka India: Pearly-Thinaah, Soon Huat-Shevon terkandas di separuh akhir

KUALA LUMPUR, 18 JAN: Hasrat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 tidak kesampaian selepas tewas dalam aksi separuh akhir hari ini.

Soon Huat-Shevon Lai Jemie ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan ranking kedua dunia dari China, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin dalam pertarungan selama 51 minit yang diheret hingga ke set penentuan, berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi.

Pasangan suami isteri itu memenangi set pertama 21-18, tetapi beregu China berjaya bangkit untuk meraih kemenangan 21-19, 21-9.

Dalam pada itu, nasib sama turut menimpa beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah dalam pertemuan menentang Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan apabila tewas 18-21, 18-21 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

“Masalah yang sama ialah tiada konsistensi... masih terlalu tergesa-gesa untuk mematikan pukulan lawan dan tidak benar-benar menikmati proses itu. Itulah kesilapan yang selalu kami lakukan berulang kali,” kata Pearly menerusi audio yang dikongsikan oleh Persekutuan Badminton (Dunia (BWF).

-- BERNAMA

[caption id="attachment_682632" align="aligncenter" width="659"] Aksi beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie ketika menentang wakil China Jiang Zhenbang-Wei Yaxin dalam peringkat suku akhir Terbuka India di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi pada 18 Januari 2025. Foto Facebook Badminton Association of Malaysia - BAM[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.