ad
AGENDA

Diperdaya iklan pelaburan di Facebook, peniaga wanita rugi lebih RM250,000

14 Jan 2025, 10:00 AM
Diperdaya iklan pelaburan di Facebook, peniaga wanita rugi lebih RM250,000

SEREMBAN, 14 JAN: Seorang peniaga wanita dalam talian mengalami kerugian RM252,004 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lebih RM1 juta dalam tempoh dua bulan.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Hoo Chang Hook, berkata mangsa berusia 39 tahun mula melabur selepas tertarik dengan iklan di Facebook dan memilih Pakej A, yang menjanjikan pulangan RM1.4 juta dengan pelaburan RM150,000.

"Pengadu juga meminjam wang daripada rakannya untuk menyertai pelaburan tersebut, sebagai permulaan pengadu membuat transaksi RM250 ke dalam sebuah akaun pada 12 Nov lepas pada 10.29 pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa membuat 15 transaksi antara 12 hingga 24 Nov ke enam akaun bank berbeza, namun tidak menerima sebarang pulangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.