ad
AGENDA

Polis: Mayat tanpa identiti ditemui terdampar di Pantai Desaru

18 Jan 2025, 3:34 PM
Polis: Mayat tanpa identiti ditemui terdampar di Pantai Desaru

KOTA TINGGI, 18 JAN: Mayat seorang lelaki tempatan tanpa pengenalan diri ditemukan terdampar di Pantai Desaru di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata mangsa yang berkulit putih itu dipercayai warga tempatan berbangsa Cina, berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun.

Beliau berkata kaunter aduan Balai Polis Bandar Penawar menerima maklumat mengenai penemuan lelaki yang hanya memakai seluar pendek berwarna putih dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri itu pada jam 7.30 pagi.

"Bertindak atas maklumat, Ketua Polis Balai Bandar Penawar dan anggota telah digerakkan untuk menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

"Hasil pemeriksaan oleh pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Felda Sening di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke bahagian forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Yusof berkata hasil bedah siasat mengesahkan kematian mangsa disebabkan lemas di dalam air dan kes diklasifikasikan di bawah Laporan Mati Mengejut (SDR).

"Pada masa sama, kami meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris mangsa atau ahli keluarga yang hilang untuk segera menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Asnalisz Zainal, di talian 016-444 6871," katanya.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.