AGENDA

Ramalan hujan lebat di Selangor, KL hingga 7 malam

18 Jan 2025, 8:23 AM
Ramalan hujan lebat di Selangor, KL hingga 7 malam
Ramalan hujan lebat di Selangor, KL hingga 7 malam

SHAH ALAM, 18 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 7 malam.

Agensi itu mengeluarkan amaran sama melibatkan seluruh Negeri Sembilan dan Melaka selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu, Johor dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_682601" align="aligncenter" width="674"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.