AGENDA

Gombak, Sepang antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 10 malam

18 Jan 2025, 11:56 AM
Gombak, Sepang antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 10 malam
Gombak, Sepang antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 10 malam

SHAH ALAM, 18 JAN: Daerah Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 10 malam, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca sama dijangka melanda Putrajaya, Perak (Muallim), Pahang (Bentong) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_682656" align="aligncenter" width="672"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]